Skip to main content

Tips Pengembara Muslim - Wuduk pakai kasut


Semasa kembara di bumi Mesir tahun 2011, ketika itu dalam rangka lawatan kawasan penanaman gandum secara moden di Beni Suef, cuaca sangat sejuk dan hari lewat petang.  Kebanyakan peserta belum solat asar lagi. Aku pun belum buaat solat Jamak Taakhir lagi. So semua pergi ambil wuduk, bila aku  bukak kasut dan stokin untuk berwuduk, pak Arab Mesir tegur, tak perlu katanya, just lalukan air kat kasut.  Lepas tu solat lah, pak arab ni tak bukak kasut terus solat. Aku rasa tak yakin ikut cara pak Arab ni, yang aku tahu kalau pakai Khaus/ stokin kulit atas buku lali baru boleh buat macam tu.

Namun dalam kembara Andalusia yang baru, november 2015 kebetulan musim gugur, dan musafir cara backpacker dan tidur dalam kereta sewa sepanjang 12 hari, maka aku telah mengambil wuduk tanpa membuka kasut.  Itupun setelah aku yakin dengan ilmu yang ku perolehi.  berikut adalah salah satu rencana yang aku baca tentang berwuduk tanpa membuka kasut. Aku lupa penulis artikel ini.  Mohon share..

Berwudhu' Atas Kasut


            Berwudhu’ di atas kasut. Atau lebih tepat, ketika berwudhu’ kita tidak perlu membuka kasut,sebaliknya cukup dengan mengusapkan air ke atas kasut. Ini merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW sebagaimana yang diterangkan oleh Hudzaifah RA: “BahawasanyaRasulullah SAW berwudhu’ lalu baginda menyapu di atas kedua-dua kasutnya.”[Shahih Sunan Ibn Majah, no: 442]

Ini adalah salah satu dari sekian banyak kemudahan yang Allah berikan kepada umat Islam di mana kita tidak perlu membuka kasut dan stokin ketika berwudhu’ di tandas awam, tandas bas, keretapi dan kapalterbang. Jika berada di tempat musim sejuk, seorang yang ingin berwudhu’juga tidak perlu mendedahkan kakinya kepada cuaca salji dan ais beku.


Syarat-Syarat Berwudhu’ Di Atas Kasut.

1.         Pertama, hendaklah berwudhu’ seperti biasa
sebelum memakai kasut. Ertinya, berwudhu’lah seperti biasa termasuklah membasuh kaki sehingga ke mata kaki dengan air. Kemudian ketika dalam keadaan masih berwudhu’, pakailah kasut. Mughirah ibnu Syu'bah berkata: Pada satu malam saya pernah bersama Rasulullah. Saya menuangkan air dari bekas lalu baginda pun berwudhu'……kemudian saya menawarkan diri untuk membuka kasutnya lalu baginda berkata: “Janganlah dibuka, biarkan sahaja. Saya memakainya dalam keadaan kaki saya suci (dalam keadaan berwudhu’).” Sesudah itu baginda menyapu bahagian atas kasutnya itu. [Shahih al-Bukhari, no: 5799]

2.         Kedua, apa-apa yang digunakan sebagai pelindung kaki, maka ia menepati syarat untuk mengamalkan kemudahan ini asalkan ia
menutup kaki dari hujung jari hingga ke mata kaki. Justeru boleh memakai kasut, but, sandal untuk mengamalkan kemudahan ini. Jika memakai selipar, hendaklah memakai stokin agar kaki tertutup. Rasulullah SAW pernah berwudhu’ lalu baginda menyapu di atas stokin dan seliparnya [Shahih Sunan al-Tirmizi, no:99]

3.         Ketiga, tidak mengapa jika sandal memiliki lubang atau stokin terkoyak sedikit. Pada zaman Rasulullah SAW, tidaklah kasut mereka sentiasa baru lagi sempurna melainkan terkoyak dan berlubang di sana sini hasil kegunaan di kawasan gurun dan batu-batan. Namun Rasulullah SAW tidak menegah mereka dari mengamalkan kemudahan berwudhu’ di atas kasut. Imam Ibn Taimiyyah menerangkan: “Kebanyakkan para ahli fiqh membenarkan penyapuan di atas kasut (sekalipun ianya koyak atau berlubang). Kemudahan menyapu di atas kasut adalah bersifat umum dan perkataan khuff (kasut yang diperbuat dari kulit lembut) merangkumi jika kasut itu berlubang sebagaimana juga jika kasut itu tidak berlubang, ia tetap digelar kasut juga. Selain itu para sahabat pada ketika itu kebanyakannya dalam keadaan miskin dan kerap pula bermusafir. Justeru pasti di kalangan mereka ada yang kasutnya yang sudah terkoyak atau berlubang dan lubang-lubang ini adalah mustahil untuk diperbaiki ketika bermusafir. Oleh itu seandainya menyapu di atas kasut yang berlubang tidak dibenarkan maka tiada sebab kebolehan kemudahan ini diberikan pada asalnya. Kebolehan menyapu di atas kasut yang berlubang adalah tetap dibenarkan selagi ia berada dalam keadaan yang dinamai sebagai kasut dan ianya masih digunakan sebagai alat untuk berjalan.” [Masa’il al-Mardeniyah, ms. 78]

4.         Keempat, kemudahan ini memiliki tempoh masa. Rasulullah SAW bersabda: “(Kemudahan) menyapu di atas kasut ialah selama tiga hari bagi orang yang bermusafir dan sehari semalam bagi orang yang bermukim.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 157] Setelah tempoh tersebut, hendaklah berwudhu’ dengan membasuh kaki seperti biasa. Berdasarkan hadis ini juga, dapat difahami bahawa kemudahan berwudhu’ atas kasut tidak terhad kepada suasana musafir sahaja, tetapi boleh di lokasi seseorang bermukim umpama rumah, pejabat, universiti.

5.         Kelima, jika dalam tempoh masa itu seseorang itu masuk ke dalam keadaan hadas besar seperti junub atau haidh, kemudahan ini terbatal. Maka setelah suci dari hadas besar, hendaklah berwudhu seperti biasa, yakni membasuh kaki dengan air. Setelah itu bolehlah mengamalkan kemudahan ini.

6.         Keenam, bahagian kasut yang disapu ialah di bahagian atasnya. Sapuan cukup dengan tangan atau tisu yang lembab. Tidak perlu membasuh kasut dengan air. Ali bin Abi Talib menerangkan: “Sekiranya agama itu menurut fikiran logik sudah tentu tapak kasut lebih patut di sapu daripada bahagian atasnya. (Akan tetapi) saya melihat Rasulullah menyapu bahagian atas kasutnya.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 162]

7.         Ketujuh, tidak disyaratkan sebarang kesukaran atau darurat bagi mengamalkan kemudahan ini. Ia boleh diamalkan pada bila-bila masa sekalipun ketika ada kemudahan untuk membasuh kaki seperti biasa. Bahkan mengamalkan bererti menghargai kemudahan yang Allah berikan kepada para hamba-Nya, beramal dengan sunnah Rasulullah SAW yang mulia dan memperkenalkan kepada orang yang tidak tahu akan kemudahan ini.

Cara-Cara Berwudhu’ Atas Kasut.

1. Ambil wudhu’ seperti biasa.

2. Ketika dalam keadaan masih berwudhu’, pakai kasut, sandal atau selipar bersama stokin.

3. Apabila wudhu’ telah batal dan anda ingin perbaharui wudhu’, berwudhulah seperti biasa. Perbezaan hanya pada kaki, iaitu anda hanya perlu menyapu di bahagian atas kasut dengan jari-jari atau tisu yang lembab.

4. Cara ketiga di atas boleh diulangi selama sehari semalam bagi orang yang bermukim, tiga hari bagi orang yang bermusafir.

5. Jika telah tamat tempoh, ulangi dari langkah pertama di atas.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...