Masjid ini adalah masjid paling besar, paling cantik dan ramai jemaahnya. Kalau sampai ke Labuan Bajo jangan lupa beriktikaf di masjid ini walau sekejap sahaja.
Walaupun agak jauh dari hostel hamba kuatkan semangat untuk ke masjid ini. Pada cubaan pertama, jalan kaki sampai masjid masbuk rakaat akhir. Hamba hanya dapat datang awal subuh bila sudah menyewa skuter Yamaha NMax.
Setelah solat subuh hamba mengambil kesempatan untuk meronda keliling Labuan Bajo, mendaki antara puncak tertinggi dan merenung ke laut untuk menikmati sunrise.
Nun nampak laut dan pantai di bawah sana.
Remang-remang sunrise
Pemandangan cantik di awal pagi
Nikmati pemandangan cantik ini
Sungguh nostalgik pemandangan sunrise di Labuan Bajo
Comments