Skip to main content

Mount Nebo - Kusinggahi sebentar cuma

Pelancung memandang promising land dari lokasi ini




Promosing Land dari puncak Jabal Siyagha
       Hamba sampai ke Jabal Siyagha ini secara tidak dirancang.  Hamba pun tak berapa kisah dengan tempat ini kerana berpendapat tempat ini tiada kaitan dengan perkembangan Islam. Apalagi bila melihat sebuah gereja tua di situ.  Semasa berjalan ke hujung bukit itu terdengar beberapa orang berbual tentang "Promising Land". Hamba mengambil masa yang lama untuk mencari maklumat, sehingga baru-baru ini ada dokumentari tentang perjalanan Nabi Musa dan kaum Bani Israel ke Jerusalem.  Namun Nabi Musa telah wafat sebelum sampai ke destinisinya.  
      Jabal Siyagha atau Mount Nebo terletak di Bandar Madaba kira-kira 47km dari Amman. Bandar Madaba terkenal kerana menjadi pusat yang penting bagi penganut agama Kristian kerana kesan sejarahnya mengikut kepercayaan mereka. 
 

Di Jabal Siyagha ini terdapat sebuah gereja lama. Lantai gereja lama ini dihiasi mozek yg sangat cantik dari era Byzantine. Tempat ini turut menjadi tumpuan bagi upacara baptist atau penyucian dosa bagi orang Kristian. 
Batu Peringatan Nabi Musa ikut kepercayaan Kristian
Nabi Musa a.s dikatakan telah tiba di Jabal Siyagha ini dan wafat di sini.  Dikatakan baginda berdiri di Jabal Siyagha ini dan memandang ke arah Baitulmuqaddis yg terletak tidak jauh dari bukit tersebut. Baitulmuqaddis itulah "promising land" yang menjadi rebutan Yahudi dan juga kristian.  Mereka kata itu adalah milik mereka seperti yang dijanjikan.  Dan alasan itulah yang Israel gunakan untuk  menindas dengan kejam rakyat Palestin.
.Bandar terdekat antara Jabal Siyagha ke Palestin ialah Jericho (27 km),  dan Jerusalem (46km).  Hidup Palestin!

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...