Skip to main content

Kembara Singapura: Istana Kampung Gelam lambang hilangnya ketuanan Melayu di Tanah Temasik


Istana Kampong Gelam telah dibina oleh Sultan Hussain Shah dari  keturunan Kesultanan Johor-Riau-Lingga pada tahun 1819 di atas sebidang tanah berkeluasan 57 ekar di kawasan Kampong Gelam, Singapura. 



Tanah ini adalah  pemberian daripada penjajah Inggeris dan juga sebagai pampasan dan juga muslihat untuk meminggirkan Sultan Hussain dari takhta Kerajaan Johor ketika itu. 




Apabila istana ini siap dibina, ia memenuhi kawasan dua kali ganda lebih besar berbanding saiz pada hari ini. Ini terjadi bilamana ia telah dikecilkan pada tahun 1824 untuk pembinaan Jalan Jembatan Utara (North Bridge Road).


Baginda sultan Hussain bersemayam di situ sehingga kemangkatannya di Melaka pada tahun 1835.


Istana dua tingkat yang baru dipercayai direka bentuk oleh arkitek berbangsa Inggeris. Beberapa ciri-ciri seni bina yang direka seperti bangunan Inggeris terdapat pada bangunan istana ini.


Reka bentuk Istana Kampong Gelam merupakan gabungan gaya Palladio yang terkenal di England dan digabungkan dengan motif Melayu tradisional.


Perkarangan luas istana ini telah dipagari dengan tembok dan rumah-rumah ala kampung kecil telah dibina di sekitarnya untuk kerabat, orang suruhan dan tukang sultan.






Selepas disiapkan pada 1843, anakanda sulung Sultan Ali, Tengku Ali, tinggal bersemayam di istana ini sehingga kemangkatan baginda pada 1891.


Pajakan bahagian tanah di mana istana ini berdiri telah diberikan oleh Sultan Ali dan Tengku Alam terus mengumpulkan sewa dan menyokong ahli keluarga ayahandanya menurut adat Melayu. Setelah kemangkatan Tengku Alam, baginda dimakamkan di perkuburan diraja berdekatan Masjid Sultan.


Begitulah catatan sejarah Istana Kampung Gelam, yang sekarang sudah menjadi milik mutlak Republik Singapura. Inilah bukti nyata yang menunjukkan perebutan takhta sesama kerabat diraja, dibantu oleh penjajah Inggeris yang jahat, usaha gigih ahli politik Cina di Singapura dan kebodohan Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman telah menghasilkan sebuah negara baru iaitu Republik Singapura. Apa nak dikesalkan, nasi sudah menjadi bubur!



Bye-bye Istana Kampung Gelam.



 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...