Skip to main content

Tanjung Pinang yang kutemui

Memang menjadi impian aku untuk kembara ke Teluk Penyengat, tertangguh sekian lamanya. Aku begitu tertarik dengan dengan sejarah Teluk Penyengat yang sinonim dengan kekuasaan orang-orang Bugis. Namun untuk sampai ke sini aku perlu melalui jalan laut. Pilihan yang ada ialah naik feri dari Stulang ke Batam atau ke Tanjung Pinang.  Aku telah mengambil keputusan untuk naik feri terus ke Tanjung Pinang selama tiga jam.


Namun kembara aku di Teluk Penyengat hanya satu hari suntuk sahaja, selebihnya aku banyak merayau di sekitar Kota Tanjung Pinang. Seronok juga dapat berjamaah di masjid di kota ini.


Masjid Agung Al Hikmah Kota Tanjung Pinang, Provinsi Kepulauan Riau. Masjid ini seperti masjid-masjid yang berada di Johor. Tentu sahaja begitu kerana Tanjung Pinang ini dahulunya di bawah kekuasaan Kesultanan Johor-Riau.





Kebetulan masjid ini berdekatan dengan hotel tumpanganku, maka ada rezeki untuk aku solat subuh berjamaah di masjid ini.



Setelah solat subuh, macam biasa aku mengeteh di warung bersebelahan masjid ini,

Pekena roti canai dan teh tarik bersama-sama jemaah yang lain. Gaya berbual mereka saling tak tumpah macam orang Johor.







Banyak pengalaman selama 3 hari 2 malam di Kota Tanjung Pinang ini. Aku pulang semula ke Johor naik feri ke Stulang. Aku cadangkan supaya yang ada peluang untuk berkunjung di sini, mudah, dekat, murah dan cepat terutama yang duduk di negeri Johor. Yang menghayati sejarah kesultanan Johor Riau teutamanya di Pulau Penyengat.














 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...