Skip to main content

Kutemuimu Jabal Rahmah untuk kesian kalinya


Jabal Rahmah memang menjadi spot yang sentiasa sesak setiap hari. Namun pada umrah kali ini (feb 2020) hamba tak mendaki bukit yang setinggi mana. Rasa-rasanya sudah tiga kali hamba mendakinya. Pada tahun 2003 hamba mendaki dengan isteri, pada tahun 2011 hamba mendaki seorang diri, pada tahun 2015 daki dengan 2 anak lelaki. Itu yang tahun 2020 tu tak ada motivasi untuk mendaki.



Tugu berwarna biru itulah yang menarik perhatian jemaah umrah.  Walau tak tinggi tapi bagi yang berusia dan ada sakit lutut tentu mencabar juga.


 


Di belakang itulah Jabal Rahmah. Tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa


Namun banyak juga perbuatan yang khurafat kat Jabal Rahmah ni, seperti menulis berbagai permintaan kat batu dan tembok di Jabal Rahmah


Kalau musim haji kawasan tanah rata ini akan dipenuhi oleh manusia dengan pakaian ihramnya.  Macam lautan yang luas.  Bayangan di Padang Masyhar nanti.


Banyak orang berjualan di kawasan ini.  Yang paling laris ialah ais krim, maklumlah panas di sini.  Kadang-kadang ada Pak Arab yang menawarkan menunggang unta dan ada juga Pak Hitam yang menawarkan mengambil foto polaraid.  Kena berhati-hati dengan tawaran mereka ini.  Tapi pada tahun 2020 ini, kegiatan yang sedemikian telah berkurangan.


cubalah panjat Jabal Rahman ini sebagai kenangan seumur hidup.




 

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Kubah Emas di Masjid Al Aqsa

  Di dalam Masjid al-Aqsa terdapat beberapa buah kubah cantik yang menghiasi halaman masjid. Kesemua kubah ini telah dibina semenjak pemerintahan Islam lagi bermula dari zaman Umaiyah hinggalah ke zaman pemerintahan al-Ayyubi, Mamluk dan Uthmaniyyah. Usaha-usaha tersebut merupakan manifestasi umat Islam akan keprihatinan mereka dalam memberi impak dan sumbangan untuk menghidupkan Masjid al-Aqsa. Kubah-kubah ini telah dibina atas pelbagai tujuan antaranya dijadikan tempat untuk para jemaah menunaikan solat, majlis-majlis ilmu  atau tempat untuk melakukan ibadah dan iktikaf. Berikut merupakan 15 buah kubah yang terdapat di dalam halaman Masjid al-Aqsa:   Kubah as-Sakhrah al-Mushrifah (Kubah Batu / The Dome of the Rock) Merupakan salah satu model seni bina Islam yang paling agung dan indah pada era awal pemerintahan Islam di dunia. Kubah ini telah dibina semasa kerajaan Umaiyah oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada tahun 65-86 H bersamaan dengan tahun 685-705 M di k...

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...