|
berlatar belakangkan Jabal Uhud yang perkasa |
Sejarah hebat yang pernah tercatat dalam sirah Nabi. Di sinilah berlakunya perang Uhud yg mashur itu.
|
Bukit Pemanah yang tetap setia walaupun pasukan pemanah itu turun meninggalkannya.
|
Yang menariknya, jemaah negara lain ada buat tazkirah di tempat strategik ini, selain dapat menghayati suasana, dapat pula muhasabah diri dan mendapat "ibrar" di sebalik peristiwa yang berlaku. Jemaah dari Tanah Melayu cuma dengar kisah ini dalam bas dari "tour guide" sahaja. Sekadar mendapat ilmu!
Pesan spiritual: Pesan Buya Hamka, "Orang yang berakal ialah orang yang tahu di mana kekurangan dirinya, lalu berusaha memperbaikkinya."
Comments