Skip to main content

Cikampek - Kutemui damai dicelah lautan manusia






Satu hari, bro Zali ni ajak-ajak ayam kat aku, ajak gi Jakarta ada ijtima' ulamak kat sana.  Entah macam mana tanpa fikir panjang secara spontan aku kata ok aja, kebetulan tengah semester break. Aku ni jenis campur semua orang tak kira apa dia punya fikrah.  Muslim itu bersaudara!
Kami bertolak ke Jakarta dengan penerbangan KLM Airlines ke Jakarta yang agak selesa. Di airport kami dapat satu kereta sapu APV Suzuki, yang tahu destinasi yang kami tuju iaitu di Cibubur Jakarta.  
Setelah setuju dengan harga kami pun bergerak, sendat dengan 7 orang penumpang.  

Ijtimak Ulama Tabligh merujuk kepada perhimpunan besar jemaah Tabligh yang melibatkan para ulama dan ahli jemaah dari pelbagai negara, bertujuan menguatkan iman, dakwah dan amalan Islam.





Apakah Ijtimak Tabligh?



  • Ijtimak bermaksud perhimpunan.
  • Ia dianjurkan oleh Jemaah Tabligh, sebuah gerakan dakwah Islam yang menekankan:
    • Pengislahan diri
    • Dakwah secara aman
    • Amalan sunnah Nabi ï·º

  • Bersifat bukan politik, tidak membincangkan ideologi kepartian atau kekerasan.






Tujuan Ijtimak



  • Menghidupkan semangat dakwah dan iman.
  • Mendengar bayan (ceramah) daripada ulama dan masyaikh.
  • Menggalakkan umat Islam keluar berdakwah (khuruj) di jalan Allah.
  • Mengukuhkan ukhuwah Islamiah antara jemaah pelbagai bangsa.






Aktiviti Utama



  • Bayan umum (ceramah agama)
  • Zikir & doa
  • Ta’lim (pengajian kitab Fadhail A‘mal)
  • Musyawarah (perbincangan dakwah)
  • Penyediaan jamaah khuruj (3 hari, 40 hari, 4 bulan)






Ijtimak Tabligh Terkenal Dunia



  • Nizamuddin, Delhi (India) – Markas utama dunia
  • Bhopal & Tongi (Bangladesh) – antara ijtimak terbesar dunia
  • Raiwind, Pakistan
  • Sri Petaling, Kuala Lumpur (Malaysia) – terkenal di Asia Tenggara



Ijtimak di Tongi, Bangladesh sering dianggap antara perhimpunan Islam terbesar di dunia, dengan jutaan peserta.





Ciri-ciri Ijtimak



  • Peserta tinggal secara sederhana (masjid, khemah).
  • Kos sendiri (tidak ditaja).
  • Penekanan kepada:
    • Solat berjemaah
    • Akhlak
    • Dakwah dari rumah ke rumah






Salah Faham Umum



  • ❌ Bukan gerakan ekstrem atau militan
  • ❌ Tidak membawa agenda politik
  • ✔️ Fokus kepada pembentukan peribadi Muslim





Akhirnya setelah bertanya beberapa kali, akhirnya kami sampai ke tapak ijtima Cikampek, iaitu bekas tinggalan industi kereta Timur milik anak Presiden Suharto. Masa tu jam 1 pagi.
Subhanallah, ramainya manusia.  
Ada yang dah sampai dulu, ada yang masih datang dari seluruh pelusuk Indonesia

Ada yang sedang berjalan berduyun-duyun dalam kumpulan tertentu menuju ke tapak ijtima. 
Sampai di sana kami disambut oleh petugas dan ditunjukkan tempat kami, iaitu tempat khas untuk jemaah foreign. bagus khidmat mereka.  Ikram...
Kami lihat tapak berbumbung sudah dipenuhi jamaah.  Ini muka-muka yang bukan orang Indonesia


Ini ruang untuk tidur dan berehat untuk kami dari luar Indonesia
Khusyuk mendengar bayan dari para maulana
Haaa... inilah bilik lima bintang untuk jemaah luar negara
Kami diberi layanan istimewa jika dibandingkan dengan jemaah tempatan. Itulah hak tetamu.
Syok dan bersemangat mendengar bayan dari mereka yang bermujadah dalam hidup

Sungguh menyentuh bayan-bayan yang diberikan oleh para maulana yang hebat-hebat. 

Memang ramai Jemaah Indonesia yang hadir.  Mungkin kira-kira antara 50,000 - 70,000 orang. 
Anehnya kesesakan manusia itu tidak dirasakan..... tenang aja.  Beza kalau masuk stadium......
Dengan tandas yang kurang, mereka masih boleh bersabar dan duduk dengan tekun dan khyusuk.
Sering juga aku meronda keliling tapak ijtima ini.  Cuba bayangkan jika anda berada disini selama 5 hari.
Tempat berwuduk
Mandi di sungai tiruan
Tandas. Sungguh berdisiplin dan tertib menunggu giliran.
Tempat memasak. Makan seadanya sahaja.  tapi cukup dan sedap..
Kawasan bersantai.  Berjalan-jalan dipetang hari, sambil mencari kenalan baru.
Walaupun penuh dengan manusia dan serba kekurangan tapi ada ketenangan di sini. Jom joint ramai-ramai di lain masa, di lain tempat dan di lain kesempatan.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...