Skip to main content

Kuburan tinggi di Bosnia Herzegovina~korban perang yang dilupakan.

Nesan tinggi yang tersusun kemas adalah lambang kepada kemusnahan jiwa yang banyak dan tidak terkawal akibat peperangan.
Konflik yang berlarutan hampir 5 tahun ini telah mengorbankan hampir 250,000 rakyat Bosnia Herzegovina yang tidak berdosa majoritinya beragama Islam.
Pada bulan Julai 1995 umat Islam Bosnia di Srebrenica telah dikepung oleh tentera Serbia dan telah dibunuh dengan kejam secara beramai-ramai tanpa rasa belas kasihan. Tidak kurang daripada 8,000 umat Islam Bosnia yang dibunuh dengan kejam yang mana kebanyakannya adalah dari kalangan lelaki dewasa dan remaja. 
Komplek pemakaman mangsa perang Bosnia.
Memang luas kawasan ini sayup mata memandang.  Cuma saiz batu nesan yang besar tetapi sangat tersusun dan ada nama mereka yang telah terkorban itu.
Pada Julai 2012, 6,838 mangsa dikenal pasti melalui ujian DNA daripada rangka manusia yang diperolehi setelah di gali semula kubur di mana kesemua mangsa di tanam beramai-ramai setelah dibunuh. Daripada jumlah tersebut, hanya 6,066 mangsa dikebumikan di Memorial Center of Potocari, Srebrenica, Bosnia Herzegovina. Selebihnya mangsa tersebut masih tidak ditemui hingga ke hari ini yang mana telah diisytiharkan hilang mahupun terbunuh.
 
Agak menarik batu nesan di Bosnia ini besar dan tinggi.  Mungkin pengaruh dari Turki.
Orang Bosnia memang puji negara Turki dan Malaysia yang banyak membantu mereka semasa perang dahulu.
Ini kuburan non muslim yang mati semasa perang.  Tetapi tak banyak berbanding kuburan Islam.

Bersemadi mereka yang samada seorang pejuang atau orang awam yang tersepit dicelah pertelingkahan

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...