Skip to main content

Wadi Rum: Liciknya Lawrence of Arabia mengatur plot bagi menjatuhkan kekuasaan kerajaan Uthmaniah di Palestin.

Wadi Rum ini, kalau sepintas lalu, memang tidak ada apa yang menarik di sini.  Hanya padang pasir dengan barisan gunung-gunung dan dataran berbatu sahaja. Tapi kalau tepat pada masanya dengan cuaca dan sinaran matahari yang juga tepat Wadi Rum ini akan kelihatan cantik dengan banjaran gunung berbatu yang berwarna-warni.  memang nampak unik dan klasik.  Macam ada di planet Marikh.  Wadi Rum menjadi terkenal kerana banyak filem barat menggunakan tempat ini sebagai latar belakangnya.  Salah satu filem hebat ialah siri filem lakunan Harisson Ford, "Raiders of the Lost Ark".
Wadi Rum (Lembah Bulan) merupakan sebuah wadi yang terletak di selatan Jordan. Ia berada 60  ke timur Aqaba. Wadi ini adalah wadi terbesar di Jordan. Nama "Rum" bagi wadi ini berkemungkinan besar berasal daripada akar kata bahasa Aramia yang membawa maksud "tinggi" atau "bertingkat". Titik tertinggi Wadi Rum ialah Gunung Um Dami yang mempunyai ketinggian lebih daripada 1,800 meter (5,900 kaki) dari aras laut. Wadi Rum terbina dari belahan yang dahsyat di permukaan bumi akibat gangguan pergerakan lapisan bumi yang hebat sehingga memecahkan batuan granit yang terlalu besar dan tebing batuan pasir dari banjaran gunung Afro-Arab.
Ahli arkeologi pula percaya bahawa kawasan ini telah didiami sejak zaman Neolitik lagi iaitu antara kurun 8 hingga 6 sebelum masihi dan dikenali dengan nama Wadi Iram (Lembah Iram). Terdapat mata air panas dan segar di Wadi Rum. Dengan mata air tersebut ia menarik perhatian dan tumpuan kabilah pedagang yang menuju ke Syria dan Palestin dari tanah Hijaz. Kesan artifak batu untuk tujuan menyalakan api ditemui di kawasan Wadi Rum. Selain itu, pasu belangan dari zaman  Besi turut ditemui.
Wadi Rum ketika abad ke-19 menjadi kubu penting Raja Faisal ibn Hussein dan Thomas Edward Lawrence (merupakan pesuruhjaya British di TransJordan) ketika pemberontakan Arab menentang kerajaan Turki Uthmaniah. 
Lawrence menjadi lagenda kerana peranannya dalam penentangan terhadap Turki dan ia memihak sepenuhnya kepada bangsa Arab (demi kepentingan politik di tanah arab). Beliau diberi gelaran Lawrence of Arabia dan membina rumahnya di sini. Hidup bersama-sama masyarakat badawi di tapak Wadi Rum memberi kekuatan masyarakat Arab berjuang bersama Lawrence. Tanggal 1916, Lawrence dan tentera Hussien dengan bantuan Arab badawi berjaya menjatuhkan pusat terkuat kerajaan Turki di Aqabah melalui jalan darat dan gurun. Satu tindakan yang amat tidak disangka oleh kerajaan Turki yang tidak bersedia.  
Lukisan pada dinding batu turut membuktikan wujudnya penempatan dari zaman Arab Nabatean. Malah kawasan ini pernah diduduki oleh penduduk 'Aad, Tsamud, Lihyan dan Ma'in. Nabatean lebih terkehadapan pada zamannya disebabkan kecemerlangannya membina empayar perdagangan dan kemampuan membina binaan yang hebat. 
Kajian terperinci menunjukkan bahawa di selatan Wadi Rum terdapat kesan wujudnya penempatan Kaleolitik iaitu sekitar 4500 sebelum masihi. Manakala di kaki Jabal Rum terletak Kuil Allat yang asalnya dihuni oleh Kaum 'Aad dan di ambil alih oleh Nabatean pada kurun 1 sebelum masihi. Manakala inskripsi berkenaan kaum Tsamud telah ditemui di kaki bukit Kazali. 
8.5 km dari Timur Wadi Rum ialah kawasan yang dinamakan Dissi. Sekumpulan dari negara Itali telah menemui tapak awal kerajaan Nabatean sebelum mereka beralih ke Petra.  
Pada 25 June 2011, Wadi Rum telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.
Wadi Ram benar-benar mempunyai makna besar kepada kita muslim tanpa khilfah kini. Ianya meninggalkan satu parutan besar sebagai salah satu plot penting dalam proses kejatuhan khilafah islam yang terakhir.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...