Skip to main content

Masjid Al Foully di Minya Mesir: Kufahami tentang pertembungan Sufism dan Salafism.

Masjid Al Foully ini terletak di tebing Sungai Nil di bandar Minya Mesir. Minya (Minea) adalah sebuah kota lama yang terletak di selatan Mesir. Perjalanan dari Kaherah mengambil masa 8 jam. Semasa hamba menyusuri Sungai Nil ini hamba ternampak masjid yang dihiasi lampu hijau dari kejauhan.  Hamba ajak rakan pensyarah dari Universiti Minya bernama Abu Bakar untuk ke masjid tersebut. 
Hamba nak solat Jamak Takhir Isyak dan maghrib di situ.  Sesampai di masjid itu hamba lihat ramai orang sedang beratib di ruang tak jauh dari satu pusara yang dimuliakan. Hamba diperkenalkan dengan imam masjid tersebut dan lepas itu hamba pun solat seorang diri. 
Selesai solat kami meneruskan menyusuri kawasan taman di tebing sungai Nil.  Secara spontan Abu Bakar bertanya, “Bagaimana kalau ada masjid lain yang berdekatan, adakah kamu mahu solat di masjid tadi lagi?” Saya jawab, sudah pasti, kerana saya yakin kuburan itu dibina diluar masjid tetapi bila dilakukan pembesaran masjid, kubur itu berada dalam kawasan masjid.  Memang kebiasaan ulamak zaman dahulu dikebumikan di mana tempat dia tinggal. Abu Bakar diam, tetapi dari reaksinya hamba tahu dia tidak suka masjid sedemikian rupa.  
Esoknya semasa konferen di university Minya, hamba ceritakan butir perbualan hamba dengan Abu Bakar dengan sahabat pensyarah Arab yang lain. Mereka jawab ringkas; “Dia Salafi”!
Masjid Al Foully ini memang sangat terkenal bagi peminat ajaran kesufian di Minya. Masjid ini mengambil nama ulamak yang bernama  "Ali bin Mohammed bin Ali" atau dikenali sebagai  Sidi Ahmed Foully. Beliau meninggal dunia pada tahun 1665 masehi.  Selalu pada bulan rejab mereka meraya majlis maulid sheikh ini.
Dikatakan Sheikh ini berasal dari Yaman dan bermazhab Syafie. Beliau telah belajar di Azhar Kaherah, kemudian dia berhijrah ke Minya dan mengajar agama serta mengembangkan Tarekat Shazliya.  Al Faoully mengahwini gadis tempatan dan  menghabiskan 57 tahun sebagai ulamak terkenal di sini. 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...