Skip to main content

Kutemui sejarah Theodor Hertzl pengasas Zionisme di Muzium Einstein



Bern adalah sebuah bandar yang cantik di Swizterland.  Kebanyakan penduduk di sini berbangga sebagai keturunan Jerman.  Foto ini adalah ikon bagi bandar Bern.
Hamba menghabiskan banyak masa di Muzium Einstein ini.  Muzium ini juga satu ikon bandar Bern yang wajib dilawati.  Kita boleh memahami sejarah hidup Einstein A to Z. Einstein adalah seorang Yahudi yang tidak mengamalkan agamanya.  Tetapi dia memilikki semangat cintakan bangsanya (assobiyyah) sangat tinggi.  Rupa-rupanya kebanyakan orang Yahudi di Eropah ketika itu sama seperti Einstein.  Mereka benci ditindas.  Pada era ini muncul seorang anak muda bernama Theodor Hertzl, seorang yahudi yang hanya ketika berusia 36 tahun telah menerbitkan satu gagasan idea bernama zionisme.
 

 Theodor Hertzl (1860 - 1904) merupakan seorang wartawan dari Austria-Hungary berbangsa Yahudi yang dianggap sebagai bapa Zionisme politik moden.
Hertzl hanya hidup selama 44 tahun. Tetapi dia berjaya menghidupkan gagasan zionisme.
Herzl dilahirkan di Budapest. Apabila Herzl berumur 18 tahun, keluarganya berpindah ke Vienna. Beliau menceburi bidang undang-undang di institusi pengajian, tetapi sangat berminat dalam kewartawanan dan kesusasteraan. Beliau bekerja sebagai wartawan di Paris. Semasa berusia muda, Herzl tidak menumpu kepada kehidupan orang Yahudi  dan karyanya berbentuk komedi dan teater dan bukannya politik.
Herzl dikatakan mula mendalami Zionisme akibat Peristiwa Dreyfus, suatu peristiwa anti-Yahudi di Perancis. Seorang kapten tentera Perancis berbangsa Yahudi dijatuhkan hukuman kerana dituduh (palsu) menjadi perisik untuk pihak Jerman. Beliau juga menyaksikan himpunan anti-Yahudi di Paris berikutan kes itu. Pada masa itulah beliau berazam menentang fahaman anti-Yahudi. Berikut catatan dalam diari beliau bertarikh Jun 1895:
Hertzl si bangsat yang melukakan hati umat Islam.
"Di Paris, seperti yang saya katakan, saya telah mencapai sikap yang lebih bebas terhadap faham anti-Yahudi. Atas semuanya, saya mengertikan kekosongan dan ketiada-tujuan 'menentang' fahaman anti-Yahudi"
Herzl mula membentangkan idea Zionisnya pada tahun 1896 melalui dalam dua karyanya Der Judenstaat (Negara Yahudi) dan Altneuland (Tanah Baru Lama). Ketika itu Hertzil baru saja berusia 36 tahun. Herzl menyampingi karyanya dengan idea-idea Zionisme. Beliau berhasrat menggalakkan Zionisme di persada dunia. 
Pada awalnya idea Der Judenstaat (Negara Yahudi), tidak diterima dan ditertawakan, bahkan oleh orang Yahudi sendiri. Herzl tidak patah semangat. Ia mengumpulkan dana dari orang-orang Yahudi yang mau mendukungnya merealisasikan cita-cita itu, hingga akhirnya terbentuklah organisasi yang disebut Zionisme.
Herzl melawat banyak tempat untuk menyebarkan ideanya. Beliau merancang Kongres Zionis pertama di Basel dan dilantik sebagai Presiden Kongres, jawatan yang dipegang beliau sehingga meninggal dunia. Herzl juga menghadiri Konvensyen Hague, dan diterima dengan baik oleh negarawan yang lain. Pada Mei, 1901, beliau berjumpa dengan Sultan Turki, Abdul Hamid II. Namun, Sultan Hamid enggan memberi tanah Palestin kepada pihak Zionis. Pada 1903, pihak British menawarkan sebidang tanah di Afrika Timur iaitu Uganda kepada pergerakan Zionis. Tawaran ini disambut baik oleh Herzl, tetapi ditolak oleh Kongres Zionis, yang berazam tekad menubuhkan Negara Yahudi mereka di Tanah Suci, "Israel".
Theodor Hertzl mati pada tahun 1904 ketika berusia 44 tahun. Setelah itu  gerakan zionisme terus berkembang, hingga pada tahun 1948 mereka berhasil mendirikan negara Israel di atas tanah air milik bangsa Palestin.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...