Skip to main content

Kiai Kusin Sijangkang: Kusinggahi legasi hebatmu

Seusai solat subuh berjamaah di surau Kiai Hj Husin

           Hamba berkesempatan untuk bersolat di Surau Kiai Hj Husin ini ketika hamba mengunjungi sepupu sebelah isteri bernama Hajah Yamah di Batu 1, Kg. Sijangkang, Teluk Panglim Garang.  Beliau seorang ahli perniagaan yang berjaya dan banyak rumah sewa dan homestay. Kebetulan masa itu adalah 1 Muharam, dan menjadi adat di negara kita, disarankan untuk membaca doa akhir dan awal tahun secara berjamaah di masjid.  Hamba lihat ada surau di depan rumah Hjh. Yamah, lalu hamba mengambil kesempatan untuk solat maghrib di situ.

           Surau kayu yang biasa-biasa sahaja binaannya, tetapi dapat dirasakan "auranya".  Surau tersebut adalah legasi peninggalan seorang ulamak terkemuka di Selangor iaitu Kiai Haji Husain. Subuh esoknya hamba berjamaah di surau itu lagi.  Setelah berbual dengan beberapa orang jemaah, salah seorang daripadanya menghadiahkan salinan fotokopi wirid. "Tawasulan." katanya. Hamba mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.

Berikut adalah informasi tentang Kiai Hj Husin
          Kiai Haji Husain Bin Haji Abbas adalah seorang tokoh ulama masyarakat Jawa di Selangor. Dilahir pada tahun 1918 dan sejak kecilnya lagi beliau amat minat dalam menimba ilmu pengetahuan, dan belajar dengan bapanya, serta menuntut di pesantren Lirboyo, Kota Kediri, Pesantren Termas, Pesantren Tebuireng dan Pesantren Krapyak, Yogjakarta.
          Beliau akhirnya telah berhijrah ke Tanah Melayu. Pak Kiai ini telah membuka sebuah pondok pengajian sekitar tahun 1944. Pondok yang didirikan tersebut dikenali sebagai ‘Pondok Kiai Haji Husain Sijangkang’ atau disebut di kalangan masyarakat Jawa sebagai ‘Pondok Kiai Kusin’. Pondok ini juga disebut sebagai ‘Ma’ahad al-Talabah al-‘Abbasiyah’. Dikatakan bahawa kegemilangan pengajian pondok Kiai Husain adalah antara tahun 60-an dan 70-an, namun kemudiannya pupus disebabkan tiada penyambung untuk meneruskannya.
          Kiai Husain adalah salah seorang ulama yang menghafal 30 juzuk al-Quran keseluruhannya pada zamannya. Beliau juga memberikan ijazah khas al-Quran dengan qiraat Hafs ‘an ‘Asim yang disebut sebagai Syahadah al-Qurianiyyah kepada murid-muridnya yang telah khatam al-Quran dengan beliau.
          Kiai Haji Husain juga dikenali sebagai ahli dalam ilmu falak dan mengajarkan ilmu tersebut kepada murid-muridnya. Bahkan pondok yang diasaskan boleh beliau turut mengeluarkan sendiri kalendar tahunan yang mengandungi takwim hijrah yang disertakan dengan kalendar jawa dan waktu solat. Kalendar tersebut dikeluarkan pada setiap tahun dan masih wujud sehinggalah kini dan masih digunapakai oleh masyarakat Jawa, khususnya di Selangor.
          Beliau kembali ke rahmatullah pada 11 Zulhijjah tahun 1401 H (1981 M) dan dikebumikan di Perkuburan Islam Simpang Lima, Klang. Beliau pernah menyatakan bahawa beliau tidak mahu melebihi umur NabI Muhammad SAW, dan ditakdirkan beliau menghembuskan nafas terakhir sekitar umur 62 tahun.
        

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...