Skip to main content

Rotterdam - Nostalgia kincir anginmu yang semakin dilupakan

Salah satu kemestian bila berkunjung ke Rotterdam ialah
berfoto di depan kincir angin.
Salah satu ikon penting bagi Belanda adalah kincir angin. Walaupun dikenali sebagai Negeri Kincir Angin, kincir angin sebenarnya dicipta oleh orang Parsi pada tahun 500 - 900 Masehi.  

Kincir air di sini pelbagai bentuk dan warna.  Sungguh cantik.. ada nilai nostalgia.

Teknologi kincir angin ini dibawa ke Eropah semasa Perang Salib. Kincir angin muncul di Belanda pada awal 1200 Masehi dan digunakan untuk menggiling biji-bijian dan jagung. Selain itu, kincir angin juga digunakan untuk mengeringkan tanah yang memiliki kadar air terlalu tinggi atau bahkan terendam air laut.
Ada yang terselit di deretan bangunan.  Maklumlah kota ini semakin membesar dan maju.

Ada terletak di persimpangan jalan.  Macam tidak berfungsi lagi.
Hanya menjadi lambang dan artifak sejarah sahaja.

 Pada abad ke-16, kincir angin tak lagi hanya berguna sebagai mesin pengering tanah, tapi juga untuk melakukan produksi barang. Seperti menghancurkan, mencampur, atau memproses sesuatu agar dapat menjadi produk yang layak untuk digunakan. Kincir angin juga punya fungsi penting dalam menyebarkan informasi, seperti pernikahan atau kematian. Terkadang kincir angin juga digunakan untuk memanggil pekerja agar datang lebih cepat ke tempat kerja. Dan dalam beberapa kesempatan, kincir angin memberikan informasi bagi penduduk setempat agar tidak menyerang NAZI pada Perang Dunia II.

Ada yang menyekat laluan kenderaan.  kalau tak ada nilai sejarah, tentu telah dirobohkan.

Kincir angin juga pernah digunakan dalam aktivi mengergaji kayu.  Aktiviti ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan pelayaran Belanda, hingga mencapai zaman keemasan pada abad ke-17.

 
  Ada yang dipelihara dengan baiknya.

Pada abad ke-19, sebanyak 9000 kincir angin yang terdapat di Belanda.
Namun sekarang hanya terdapat 1000 kincir angin sahaja, dan setengahnya dilindungi sebagai satu tapak warisan dunia UNESCO.


Memang cantik ....view dia
 
Ini jenis kincir air yang kecil dan agak simple.
 yang ini masih dikekalkan walau berdekatan kawasan perumahan

 Kincir angin kini semakin kehilangan kekuatan karena berada di sekitar bangunan tinggi. Yang membuat kincir-kincir tersebut sukar menangkap angin dan berputar seperti dulu.
Kincir angin kini hanyalah tinggalan sejarah. 
Rotterdam ni kawasan yang bersih...
 
banyak terusan.. maklumlah negara di bawah paras laut.
  Rotterdam adalah sebuah bandar pelabuhan.  
Salah sebuah pelabuhan yang terbesar di dunia.
 Tapi orang hanya mengaitkan Rotterdam dengan kincir air yang bersepah
 Tapi jangan lupa, masjid terindah di Belanda letak di sini.
namanya Rotterdam Mevlana Moskee yang siap dibina pada tahun 2011.
Banyak komuniti orang Turki di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...