Skip to main content

Mostar - Ku seberang Stari Most Bridge yang hijau air sungaimu


          
 Bandar Mostar sangat terkenal dengan Jambatan Stari Most binaan zaman Uthmaniyyah yang merentangi sungai Neretva. 


        Jambatan ini sangat simbolik kerana ia melambangkan keagungan kerajaan Islam Bosnia zaman silam di Mostar. 


         Sungai Neretva ini memang sangat cantik dengan airnya yang amat jernih dengan biasan warna hijau kebiruan. Sangat syahdu dan kekal dalam ingatan selamanya.


         Sepanjang perjalanan ke Mostar, pemandangannya agak tenang, kampung dan kawasan pertanian menghijau.


          Taburan penduduk tidak padat, terdapat masjid serta gereja di setiap perkampungan dilalui. Mostar di jajahan Herzegovina. Di Mostar penduduknya terbahagi kepada dua agama majoriti iaitu Islam dan Kristian. 


          Penganut Islam kebanyakannya tinggal di sebelah Timur - di kota lama Mostar di mana terdapat masjid lama tinggalan kerajaan Ottomaniyah serta Stari Most Old Bridge manakala penganut Kristian di sebelah Barat. 




        Masjid ini terletak di tengah kota Mostar dan dibina oleh Mehmed Karadjoz pada 1557. Masjid ini adalah salah satu tempat bersejarah di Mostar dan menaranya dibuka percuma untuk umat Islam, manakala pelancong bukan Islam dikenakan bayaran 4KM (BAM) bersamaan 2 Euro seorang. Masjid Koski Mehmed Pasha yang merupakan monumen terbaik pada kurun ke-17. Masjid ini sudah agak uzur dan cuma menjadi sejarah tinggalan kerajaan Ottomaniyah, yang mempunyai pancuran air Sadrvan, pusara para alim ulama, menara tinjau dan seni bina Islam di dalamnya.


        Pemandangan dari menara masjid sangat indah dan cantik! Bertentangan menara masjid, Stari Most atau dikenali Grand Stari atau The Old City Bridge of Mostar dapat dilihat dengan jelas. 


        Mostar pada waktu siang sangat tenang dan aman, manakala waktu malam, kota ini menjanjikan pemandangan agak magikal dari menara Masjid Pasha. 


        Jambatan Stari Most dibina oleh Hayruddin dengan bantuan kewangan Sultan Suleyman dari kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1566. Binaan ini menggantikan jambatan kayu lama yang digunakan oleh penduduk tempatan.  Semasa pemerintahan Sultan Yavuz Selim I (1512-1520), sebuah masjid dibina berdekatan Jambatan Stari Most. Jambatan ini salah satu simbol negara Bosnia Herzegovina dan cerita keunikannya terdapat dalam puisi dan lagu seniman tempatan dan luar negara. Terjun dari jambatan merupakan acara tradisi masyarakat, dipercayai berlangsung sejak pertama kali ia dibina. 


        Pada 1992, jambatan ini mengalami kerosakan akibat perang dan pada 9 November 1993, ia runtuh dan musnah mengalir ke dalam sungai Neretva. Pihak UNESCO membinanya semula pada 1997 dan Jambatan Stari Most dibuka kepada orang ramai pada 23 Julai 2004, setahun kemudian ia diwarta sebagai tapak warisan dunia.


        Berhampiran Jambatan Stari Most, terdapat Muzium Herzegovina, Muzium Stari Most, Galeri Seni dan bazar hasil buatan tempatan. Para pengunjung dapat mengetahui lebih dekat mengenai sejarah Bosnia Herzegovina, etnik dan pelbagai lagi di tempat ini.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...