Skip to main content

Perkuburan Baqi’: Kau menjadi penanda aras bagi rasa kagum pada kuburan yang lain



Ketika menunaikan umrah dan haji pada Februari 2003, hamba hampir setiap pagi  menziarahi makam Nabi dan kemudian terus ke perkuburan Baqi’. Berjalan seorang diri sambil memikirkan para keluarga nabi dan sahabat baginda yang mulia yang ada di antaranya Nabi telah mengatakan mereka itu ahli syurga tetapi batu nesan mereka hanyalah ketulan batu kelikir tanpa nama. Sedangkan kuburan pembesar negara dan pembesar agama di nusantara kuburan mereka kelihatan hebat dan diagungkan. Sejak itu rasa kagum pada kuburan lain semakin menghilang.

Tips mudah jika mahu menziarahi Perkuburan Baqi':
1.  solat Subuh di masjid Nabawi.
2.  Solat di saf yang berdekatan saf depan
3.  Solat jenazah
4. Lepas itu turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
5. Jemaah lelaki sahaja yang dibenarkan memasuki perkuburan Baqi'
6. Baca buku atau peta lokasi untuk menentukan di mana makam Isteri dan keluarga Nabi.
7. Ziarah juga makam Sahabat-sahabat Nabi.
8.  Hayati perjuangan dan sumbangan ahli Baqi' ini.
9.  Sumbangan yang sangat-sangat besar ini hanya ditandai oleh batu-batu kerikil yang tidak bernama.
10. Insaf diri dan alirkan air mata

Hamba menziarahi kuburan Baqi’ selepas solat subuh, yang kebetulan ada jenazah hendak dikebumikan
 Mengebumikan Jenazah seusai solat subuh


Panduan menziarahi kuburan Baqi’
Ya Allah Engkau rezekikan hamba-Mu ini untuk bersemadi di

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...