Skip to main content

Kutemui legasi Abu Abbas al Mursi, wali kutub kurun ke 13 di Alexandria.




Masjid tua di Alexandria Mesir  yang penuh mistik dan karismatik menghadap Laut Mediterranean. Ketika hamba sampai di masjid ini ada majlis maulid merayakan hari kelahiran tokoh utama Tarekat Syadziliyah pada abad ke 13 iaitu Abu Abbas Al Mursi.  Di Mesir ini aktiviti kesufian tidak dikacau oleh pemerintah Mesir.  Mereka fobia kalau kita ada hubungan dengan gerakan Ikhwanul Muslimin.  Hamba pernah di kurantin agak lama kerana mungkin lihat gaya macam orang Ikhwan.


Hamba sampai ke masjid ini ketika jemaah beransur-ansur keluar setelah selesai menunaikan solat Jumaat. Nampak gagah, mistik, unik dan bersejarah. Terletaknya berhampiran dengan Citadel Qaitbay. Masjid terpenting di Iskandariah, Mesir, ini dianggap sinonim dengan al-Mursi Abu'l-'Abbas. Al Mursi adalah ulamak terkenal dan juga pemimpin Tarekat Syadziliyah. Beliau juga dianggap wali kutub di masa hidupnya. Dan masjid ini dinamakan mengikut nama beliau.  Masjid cantik ini mengadap laut Mediterranean. Semasa mengambil wuduk di belakang masjid hamba lihat banyak botol-botol berisi air.  Hamba pun tak tahu air apa dan ada seorang yang menjaganya. Semasa hamba nak sembahyang, hamba dengar ramai jemaah yang duduk dalam bulatan dan sedang mungkin berselawat dengan suara yang agak kuat.  Kemudian mereka bangun dalam barisan menuju ke makam di sebelah belakang ruang masjid sambil beratib.  Mungkin mereka menyambut hari hol Abu Al Abbas Al Mursi.



Beberapa kumpulan berselawat dan beratib dengan suara yang kuat di masjid Al Mursi ini? Dan siapakah yang membina masjid cantik ini.
 
Makam Al Mursi yang terletak di dalam masjid.

Nama penuhnya ialah Ahmad bin Hasan bin Ali al-Khazraji al-Anshari al-Mursi. Nama gelarannya ialah Syihabuddin Abu al-Abbas. Beliau dilahirkan di kota Mursia di Andalusia, sehingga namanya lebih dikenali sebagai Al Mursi. Nasabnya bersambung dengan Sa’ad bin Ubadah al-Anshari. Al Mursi dilahirkan pada tahun 1219. Semasa dalam pelayaran untuk mengerjakan haji, kapal Al Mursi telah karam dan beliau telah terselamat dan tinggal di Tunisia. Di sinilah beliau bertemu dengan Sheikh Abu al-Hasan al-Syadzili. Al Syadzili adalah seorang ulamak tersohor.  Beliau telah memimpin Tarekat Syadziliyah. Al Mursi kemudiannya mengikuti gurunya berpindah ke Mesir pada tahun 1244.


Syaikh Abu al-Abbas Mursi tinggal di Alexandria selama 43 tahun. Beliau tidak pernah lelah untuk menyebarkan ilmu dan mendidik masyarakat. Sifat warak dan takwanya menjadikan beliau dikenali oleh masyarakat. Selepas  Syaikh Abu al-Hasan al-Syadzili meninggal dunia, Syaikh Abu al-Abbas Mursi telah menggantikan beliau sebagai mursyid tarekat Syadziliyah. Al Mursi meninggal dunia pada 25 Dzulhijjah 686 H. dan dikebumikan di Alexandria Mesir


Masjid Al Mursi ini dibina di atas kubur  al-Mursi Abu'l 'Abbas. Pada tahun 1370, Sheikh Zein al-Din ibn al-Qattan, salah seorang jutawan Iskandariah, menziarahi kubur itu. Dia memerintah orang bawahannya untuk membina sebuah kubah untuk kubur tersebut. Dia juga membina sebuah masjid cantik dengan menara segi empat kecil. Dia juga membiayai seorang imam untuk masjid kecil itu. Kubur diletak di bawah kubah di sebelah kanan pintu masuk. 


Pada tahun 1477, al-Zahiry, pemerintah Iskandariah, menziarahinya, dan memerintahkan masjid tersebut dibaik-pulih. Pada waktu yang sama, dia membina dirinya sebuah kubur bersebelahan Abu'l-'Abbas, di mana dia dikebumikan selepas kematiannya. Pada tahun 1596, masjid ini diperbarui selepas suatu lawatan oleh Sheikh Abu'l-'Abbas al-Khawarizmy, yang juga membinakan dirinya sebuah kubur di kompleks. Meskipun, walaupun struktur asalnya tidak menggabung elemen-elemen lebih lama, ia adalah Sheikh Abu'l-Hassan al-Maghraby yang, selepas melawat masjid kecil itu pada 1755, memerintahkan pembangunan yang kini pada tapak ini. Sekarang, masjid ini diurus satu badan wakaf dan biasanya mereka meraikan majlis mulid untuk merayakan  kelahiran Abu El Abbas al Mursi. Majlis maulid ini akan diadakan selama lapan hari setiap tahun.



Kubu Qaitbay, tak jauh dari masjid Al Mursi
f

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...