Skip to main content

Sunan Ampel: Kuhayati mujahadahmu mengislamkan tanah Jawa.


Pintu Gerbang ke Makam Sunan Ampel.  Hamba selalu kagum dengan kegigihan para Wali Songo dalam berdakwah.  Tamadun Hindu di Jawa telah bertapak dengan sangat kukuh.  Kalau kita pergi melihat kuil Hindu di Prambanan, kita boleh bayangkan betapa kuatnya kerajaan Hindu itu.  Namun para wali ini berjaya mengislam orang Jawa .... walaupun masih ada sedikit campur aduknya, pada hamba tugas memurnikan apa yang telah mereka mulakan itu adalah tanggung jawab kita bersama.  Lihat di Malaysia sendiri masih ada sedikit budaya hindu yang diamalkan seperti dalam persandingan, cukur jambul dan sebagainya.
 Sunan Ampel atau Raden Rahmat sampai ke Jawa pada tahun 1446 Masehi. Beliau berketurunan Arab dan mempunyai kerabat dalam kerajaan Islam Champa di Kemboja. Raden Rahmat ini berkelana ke tanah India dan Arab.  Satu hari dia berhajat untuk pulang ke Champa untuk menemui neneknya, malangnya ketika itu kerajaan Champa telah dikalahkan oleh musuhnya,  Raden Rahmat lalu menuju ke Tanah Jawa menemui emak saudaranya yang menjadi isteri Raja Majapahit. Nama raja majapahit itu ialah Raja Brawijaya yang masih beragama Hindu. Raden Rahmat akhirnya keluar dari istana dan menetap di daerah Ampel Denta Surabaya. Sebab itulah beliau dikenali sebagai Sunan Ampel.  
Makam Sunan Ampel terletak di luar masjid. Setiap hari ramai orang berkumpul dan membaca yasin serta bertahlil.
Tugas utama Sunan Ampel ialah mengislamkan masyarakat Jawa yang masih kuat berpegang dengan agama Hindu.  Beliau mula berdakwah dan membina pesantren di daerah Ampel ini. Pada masa banyak perbuatan tercela yang dilakukan oleh masyarakat. Misalnya anak-anak raja  yang hidup berfoya-foya, gemar mabuk dan berjudi.
Hamba sampai ke Masjid Sunan Ampel ini sudah agak malam, kebetulan malam Jumaat. Hamba menginap di hotel bersebelahan masjid ini, Hamba mahu menunaikan solat Isyak dan Maghrib (Jamak Qasar). Namun majlis selawat dan ratib masih lagi berjalan dan dilagukan dengan kuat dan diiringi dengan paluan kompang.  Dikatakan setiap malam Jumaat masjid ini penuh dengan aktiviti keagamaan. 
 Masyarakat di Jawa ketika itu menganut aliran Bhairawa Tantra. Aliran itu memiliki ritual panca ma yang berarti mamsa (daging), matsya (ikan), madya (minuman keras), maithuna (bersetubuh), dan mudra (semedi). Dalam pelaksanaan ritual Bhairawa Tantra, para laki-laki dan perempuan dalam keadaan telanjang membentuk lingkaran. Di tengah-tengahnya ada panca ma. Mereka makan dan minum minuman arak sampai mabuk. Selanjutnya mereka akan melakukan seks bebas yang kemudian dilanjutkan dengan semedi bersama-sama. Raja Brawijaya melihat ritual tersebut sebagai suatu hal yang keterlaluan dan melampaui batas. Kemudian baginda memohon  Sunan Ampel untuk menyelesaikan masalah itu.
Sunan Ampel telah membenteras amalan tersebut melalui ajaran Moh Limo. Ajaran tersebut berupa larangan melakukan lima hal, yakni moh ngombe (tidak mabuk), moh madat (tidak menggunakan candu atau ganja), moh maling (tidak mencuri), moh main (tidak berjudi), dan moh medok (tidak melakukan zina).
Masjid Sunan Ampel ini memang sangat terkenal dan banyak melahirkan alim ulamak.  Kawasan sekitar masjid ini terdiri dari penempatan orang-orang Arab.  Ramai sungguh dan kebanyakan berasal dari Hadratulmaut Yaman.  Banyak habib-habib yang terkenal duduk di sini.
Ajaran Moh Limo sendiri merupakan ubahsuai dari ajaran Bhairawa Tantra. Sunan Ampel mengubah isinya menjadi selaras dengan ajaran Islam. Pelaksanaan ajaran Bhairawa Tantra pun dicontoh, yakni dengan membentuk lingkaran dan ada makanan di tengahnya. Hanya saja, Sunan Ampel menciptakan kegiatan melingkar tersebut dengan acara berdoa bersama secara Islam. Dari kegiatan inilah lahirnya istilah kenduri.  Sunan Ampel telah memperkenalkan amalan kenduri bagi menggantikan amalan agama Hindu ketika itu. Itulah kebijakan ulama zaman silam ketika berdakwah.  




Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...