Apa yang hamba nak kongsi ialah satu amalan sebelum solat hari raya aidil adha di mana imam-imam dan bilal serta beberapa orang lain berzikir (tapi hamba tak berapa pasti sebab tidak kedengaran). Mereka juga berdoa di situ.
Itu yang membuat hamba hendak tahu pusara siapakah itu hingga dimuliakan oleh umat Islam di Beijing ini.
Dua pusara itu terletak di sebelah selatan kawasan masjid. Makam itu adalah milik Sheikh Ahmad Burdani yang berasal dari Ghaznavid atau sekarang dipanggil Afghanistan dan Sheikh Ali Imad al Din yang berasal dari Bukhara atau sekarang terletak di negara Uzbekistan.
Pusara ini menjadi bukti sejarah panjang masjid ini. Kedua-dua sheikh itu adalah imam masjid ini yang paling awal.
Imam Sheikh Ahmad meninggal dunia pada tahun 1280 sementara Imam Sheikh Ali meninggal dunia pada tahun 1283.
Masjid Nuijie kau bukti Islam telah bertapak lama di negara China sebelum bangsa-bangsa di Nusantara membina tamadunnya. Mereka menerima Islam langsung dari dakwah Sahabat Nabi, iaitu Saidina Saad bin Abi Waqqas.
Comments