Skip to main content

Muzium Toyota Nagoya: Baru kusedar mereka belajar bukan memplagiat membabi-buta.

Semasa merayau di kota Nagoya, terjumpa "Toyota Commemorative Museum of Industry and Technology". Muzium ini sebenarnya adalah tapak asal kilang tenun Toyoda yang akhirnya bertukar menjadi industri automotif Toyota.
Toyota adalah salah satu syarikat pengeluar kereta yang terbesar di dunia. Perusahaan kereta ini bermula  pada tahun 1937 oleh Kiichiro Toyoda. Walaubagaimanapun perusahaan ini telah bermula dengan nama Toyoda yang terkenal dengan industri alat tenunan, yang diasaskan oleh  Sakichi Toyoda pada awal 1900-an.
Inilah alat tenun terawal yang dibuat di kilang ini. Ianya telah menjadi pemangkin kepada penggunaan mesin bagi menggantikan tenaga buruh di Jepun.
Sakichi Toyoda adalah tokoh industri utama di Jepun, kerana memulakan penggunaan mesin bagi menggantikan tenaga buruh. 

Sifat Sakichi Toyoda yang berdedikasi dan tak mudah menyerah kemudiannya diwarisi oleh anak sulungnya, Kiichiro Toyoda. Setelah habis belajar di university, Kiichiro telah bekerja menolong bapanya di Toyoda Automatic Loom Works Ltd. yang kemudian menjadi Toyota Industries Corporation.
Kiichiro Toyoda rupanya lebih menyukai industri automotif, yang ketika itu dianggap sebagai industri penuh risiko. Sebab belum banyak industry sedemikian rupa di Jepun.  Hasrat Kiichiro Toyoda ini tidak mendapat sokongan dari kerajaaan Jepun.
Pada tahun 1929, Kiichiro telah pergi ke Eropah dan Amerika Syarikat untuk mempelajari serta mengambil inspirasi untuk mengembangkan industri automotif. Berkali-kali ia keluar masuk ke kilang kereta di Detroit dan mempelajari secara terperinci kereta Chevrolet maupun Ford, sebelum membuat sendiri kereta yang telah lama ia idam-idamkan.

Pada tahun 1935, hasil kerja kerasnya, pasukan Kiichiro telah berjaya membuat sebuah kereta Model A1. Lalu Kiichiro Toyoda pun mulai mendirikan Toyota Motor Company, sebagai anak syarikat Toyoda Automatic Loom Works. Melalui beberapa cadangan dari orang ramai, nama Toyoda telah ditukar menjadi  ‘Toyota’.  
Kereta terbaru Toyota, MIRAI... cantik dan elegan. Hamba dah naik ... statik!
Kiichiro mati pada tahun 1952, namun akhirnya Toyota telah menjadi idustri kereta yang terbesar di Jepun dan terkenal di seluruh dunia sebagai kereta harga murah, jimat petrol, tahan lasak dan ada gaya. 

Kereta terbaru Toyota Mirai Hydrogen Fuel.  Bilalah aku dapat naik kereta ni di atas jalan raya? Kereta ni tak pakai petrol atau hybrid.  Mungkin tahun 2020 ini akan menjalar di lebuh raya Malaysia.


Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...