Skip to main content

Tianjin: Barat menjajahmu hanya menggunakan candu!

Kalau ke Tianjin ni, tempat wajib lawat ialah Silks Street.  Macam-macam ada dan merah menyala di sana sini.
Dari Beijing hamba naik Bullet Train ini. Memang laju dengan kelajuan maksima 280kmj, tak sampai 1 jam dah sampai Tianjin.

Seperti biasa hamba menggunakan masa yang ada untuk melawat Muzium Tianjin ini dan melihat sejarah masa lalu daerah ini. Tianjin  telah dijajah oleh tujuh kuasa barat dan termasuk Jepun juga. China selalu kena jajah bukan menjajah.

Cantik muzium ini, luas 4 tingkat.


Yang paling menarik bagaimana Tianjin ini dijajah ialah disebabkan rakyatnya ketagihan candu. Inggeris dan kuasa barat lain menggunakan kuasa candu untuk menjajah ekonomi China setelah China menutup pintu ekonominya kepada dunia luar.

Rakyat Tianjin yang ketagihan candu. 


Berikut adalah sejarah ringkas kejatuhan Tianjin kepada kuasa Barat:
Disebabkan kekurangan permintaan ke atas barangan dagangan Eropah dari pihak China, dan permintaan yang tinggi terhadap barangan China dari pihak Eropah seperti teh, sutera dan tembikar menyebabkan pihak pedagang Eropah terpaksa membeli barangan keluaran China dengan perak, barangan yang hanya diterima oleh pihak China.  Masalah pihak Inggeris bertambah lebih rumit apabila mereka mengunakan standard emas dari pertengahan kurun ke-18 dan ini menyebabkan pihak Britain terpaksa membeli perak dari negara-negara Eropah yang lain, menyebabkan beban hutang akibat daripada tambahan kos pertukaran. Untuk mengatasi kebuntuan perdagangan ini, Inggeris telah menjalankan aktiviti perdagangan candu ke China. Apabila permintaan terhadap candu yang mendapat sambutan yang baik daripada ribuan orang China yang ketagih dengan candu.
 

 Pada 1729, kerajaan China telah  mengharamkan perdagangan candu ini.membuatkan pihak Inggeris tidak berpuas hati.  Kemudiannya candu telah diseludup masuk oleh saudagar pedagang dari India British ke dalam China, sesuatu kegiatan yang mengingkari undang-undang larangan China. Penyelesaian secara diplomatik mungkin dapat menyelesaikan masalah ini tetapi masalah dalam komunikasi dan pengasingan yang diamalkan oleh China menyebabkan usaha perbincangan tidak dapat dilakukan. Peperangan secara terbuka antara Britain dan China tercetus pada tahun 1839 dan dinamakan Perang Candu Pertama. Perbalahan yang berlanjutan ke atas layanan yang diberikan ke atas pedagang British di pelabuhan China menyebabkan berlakunya lagi Perang Candu Kedua pada tahun 1856.


Kekalahan China pada kedua-dua peperangan menyebabkan kerajaan China terpaksa membenarkan candu diperdagangkan . Pihak Britain memaksa kerajaan China menanda tangani Perjanjian Nanjing dan Perjanjian Tianjin, dua perjanjian yang juga dikenali sebagai Perjanjian Berat Sebelah. 


 Antara kandungan perjanjian ini ialah persediaan untuk membuka pelabuhan tambahan dengan tiada larangan kepada pedagang asing, penetapan tariff tetap, yang diakui oleh kedua-dua negara sebagai sama dalam surat menyurat. Pihak British juga mendapat hak wilayah yang lebih besar. Terdapat beberapa negara yang mengikuti Britain dan berminat membuat perjanjian yang sama dengan China.  

Tianjin berkembang maju sekarang, namun masih banyak lagi kesan-kesan penjajahan barat di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...