Skip to main content

Syiah Kuala: Ulamak Acheh yang melahirkan banyak ulamak di Nusantara.

Kompleks makam Syiah Kuala ini sangat hampir dengan laut dan bayangkan bagaimana keadaan di sini ketika tsunami melanda Acheh.
 Syeikh Abdul Rauf Singkil adalah seorang ulama besar Acheh yang memiliki pengaruh dalam penyebaran agama Islam di Nusantara. Beliau dikenali sebagai Teungku Syiah Kuala atau Syeikh Ulama di Kuala. 
Mula-mula keliru dengan nama Syiah Kuala.  Rupa-rupanya Syiah itu membawa maksud Syeikh dalam bahasa Acheh. Abdul Rauf Singkil adalah ulamak tersohor yang mempunyai rangkaian antarabangsa.
Nama sebenarnya ialah Aminuddin Abdul Rauf bin Ali Al-Jawi Tsumal Fansuri As-Singkil. Abdul Rauf Singkil ini mempunyai darah Arab dan banyak masanya belajar agama di Timur Tengah. Nikatakan Abdul Rauf Singkel ini adalah penyebar Tarekat Syattariyah di Nusantara. Beliau meninggal dunia pada tahun 1693, ketika berusia 73 tahun dan dimakamkan di samping masjid yang dibangunnya di Kuala Aceh, Desa Deyah Raya Kecamatan Kuala.  Jaraknya lebih kurang 15 Km dari Banda Aceh.
Bapak penjaga pusara ini melarang berswafoto di makam Syiah Kuala.  Tiada aktiviti seperti bertahlil beramai-ramai di makam ini. Nampak gaya masyarakat Acheh tidak menjadikan kuburan tempat berdoa atau memohon sesuatu. Itu yang hamba nampak sekali imbas sahaja.
Jika kita tanya orang Banda Acheh di mana makam Syeikh Abdul Rauf Singkel, tentu sahaja mereka jawab tak tahu. Mereka hanya kenal makam Syiah di Kuala.  Mula-mula hamba pun jadi keliru, pelik juga di Acheh ada tokoh Syiah. Rupa-rupanya kata ‘Syiah’ itu sama ertinya dengan kata ‘Syeikh’. 
 
Hamba naik teksi yang merupakan beca bermotosikal. Jauh jugaklah jaraknya. Di sebelah kanan dari pintu masuk menuju makam, nampak hamparan laut yang membiru. Letak makam Syiah Kuala ini lebih kurang sekitar 200 meter sahaja dari laut.

 

Dahulu jarak makam ini dari laut lebih kurang 1 km, tetapi akibat hakisan yang teruk jarak dengan laut semakin dekat.  Walaubagaimanapun ajaibnya, pada kejadian tsunami tersebut, makam Syeikh Abdul Rauf tidak rosak dan hilang hanyut dibawa arus tsunami. Pa












Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...