Skip to main content

Sarajevo: Kujelajahi "Tunnel of Life" lambang semangat jihad kental pejuang Bosnia

Kesan tembakan masih ada di muzium perang ini
Destini yang wajib diziarahi jika memijak kaki di Sarajevo ialah “Tunnel of Life”. Ia akan meninggalkan kesan emosi yang mendalam. 
Sarajevo di lembah sementara puak Serbia mengepung dari bukit dengan senjata berat

Kita akan merasa bangga akan kehebatan perwira Bosnia yang beragama Islam mempertahankan diri dari tewas semasa dikepung oleh kaum Serbia yang beragama KristianOrtodok. 


Bersama pengurus Muzium Tunnel of Life yang juga mantan jihadis Bosnia
Peristiwa kepungan ini berlaku antara Mei 1992 hingga November 1995. Ketika ini Bosnia dan Herzegovina menjadi tumpuan dunia dengan berita peperangan yang terjadi di negara tersebut. Peperangan yang mengorbankan ratusan ribu nyawa ini melibatkan pertelagahan 3 etnik utama di Bosnia iaitu etnik Serbia, etnik Croat dan etnik Islam.
Sarajevo musnah setelah terkepung tanpa makanan dan senjata
Sepanjang peperangan berlangsung di Bosnia, satu laluan rahsia yang diberi nama Terowong Sarajevo telah dibina oleh tentera Bosnia untuk menghubungkan bandar Sarajevo yang ditakluk sepenuhnya oleh tentera Serbia, dengan bahagian Lapangan Terbang Sarajevo yang dikawal oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Terowong yang dibina membolehkan Sarajevo bernafas semula
Terowong ini mempunyai laluan dari wilayah Butmir dan Dobrinja di Sarajevo ke kawasan Lapangan Terbang Sarajevo. Dua kawasan ini merupakan kawasan-kawasan di Sarajevo yang berada di dalam kepungan barisan tentera Serbia.
Saiz terowong dan keadaan asalnya
Pintu masuk di wilayah Dobrinja itu adalah merupakan garaj di sebuah bangunan apartmen. Pintu masuk di wilayah Butmir pula adalah sebuah rumah kepunyaan sebuah keluarga bernama Puan Kolar.
Puan Kolar yang membenarkan rumahnya menjadi laluan masuk terowong
Pada mulanya terowong ini adalah hanya sebuah laluan yang sempit, berlumpur dan gelap kerana tiada bekalan elektrik. 


Setahun selepas ianya siap dibina, landasan kereta api yang kecil telah diletakkan di sepanjang laluan dan kereta sorong kecil dibina untuk mengangkut bekalan makanan dan perubatan daripada PBB melalui terowong tersebut. Tidak lama kemudian, terowong ini dilengkapi dengan kabel voltan 12 megawatt, pam untuk mengepam air bawah tanah, paip minyak dan lampu kekal.
Saiz Melayu pun kena bongkok
Terdapat dua masalah utama mengenai terowong ini. Masalah pertama ialah kerap berlakunya banjir oleh air daripada bawah tanah yang boleh meningkat sehingga ke paras pinggang. Yang kedua adalah kualiti udara di dalam terowong tersebut. Terowong ini tidak mempunyai lubang pengudaraan dan akibatnya, semua orang yang memasuki terowong terpaksa memakai topeng bagi mengelakkan kesesakan nafas oleh debu dan kotoran.


Bayangkan terowong ini dibina gunakan tulang empat kerat
Kedua-dua pintu masuk Terowong Sarajevo, di Butmir dan Dobrinja, dikawal dengan ketat oleh tentera bersenjata Bosnia. Ada laporan yang mengatakan orang-orang Islam di Sarajevo terpaksa membayar “upah” sehingga USD120 seorang kepada tentera Bosnia untuk menggunakan laluan ini ke Lapangan Terbang Sarajevo bagi menyelamatkan diri dan keluarga mereka daripada menjadi mangsa pembunuhan.


Senjata yang berjaya diseludup masuk melalui terowong
Selepas peperangan tamat, rumah milik keluarga Kolar yang menjadi salah satu pintu masuk Terowong Sarajevo ini ditukar fungsinya sebagai sebuah muzium peringatan perang. Muzium ini mempamerkan bahan-bahan arkib termasuklah tayangan filem pendek tentang Perang Bosnia, gambar-gambar perang, peralatan ketenteraan, bendera, pakaian seragam tentera dan banyak lagi.
Muzium Tunnel of Life di Sarajevo
Setelah beroperasi selama 15 tahun tanpa menerima apa-apa bantuan kewangan daripada pihak kerajaan, muzium ini kini menjadi salah satu daya tarikan utama pelancongan di Bosnia. Muzium ini menerima ratusan kunjungan oleh pelancong asing setiap hari.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...