Skip to main content

Kuhayati kecekalan hati Raja Haji Fisabilillah di Pulau Penyengat




Pulau Penyengat memang destinasi yang sudah lama hamba rancang untuk dikunjungi.  Tarikan untuk ke sini alah untuk menziarahi pejuang Melayu yang diangkat namanya sebagai seorang syahid dalam perang fisabilillah. Syahid ketika tangan kanannya mengenggam badik pusaka dan di tangan kirinya memegang kita Dalail Al Khairat. Yang menyebabkan kembara ini tertangguh ialah kerana terpaksa naik feri dari Stulang Laut ke Tanjung Pinang selama 3 jam lebih.  kemudian perlu naik bot kecil untuk ke Pulau Penyengat pula.
Raja Haji lahir di kota lama hulu sungai Riau pada tahun 1725.  Beliau adalah anak Opu Daeng Chelak (Yang Dipertuan Muda Riau ke II) dengan isterinya Tengku Mandak binti Sultan Abdul Jalil IV .  



Pada tahun 1777 Raja Haji telah dilantik sebagai Yamtuan Muda ke IV.Ketika pecah perang kerajaan Johor-Riau menentang Penjajah Belanda (1782-1784), Raja Haji memimpin telah perajurit Johor-Riau dan sekutu-sekutunya. Perang pertama berlaku diperairan Riau, di mana Riau telah dkepung oleh Belanda selama tujuh bulan.  


Pada 6 januari 1874, tejadi penyerangan Belanda secara besar-besaran untuk menguasai pusat pemerintahan di Kota Hulu sungai Riau, tetapi gagal kerana Raja Haji berjaya menenggelamkan beberapa kapal perang Belanda. Salah satu kapal perang yang ditewaskan  ialah Malaka’s Valvaren dengan 500 orang tentera Belanda. Belanda tewas lalu berundur semula ke Melaka. 


Hanya selepas dua minggu dari peristiwa tersebut, iaitu pada 13  Februari 1784, Raja Haji dan perajuritnya dengan bersemangat dan gagah berani telah mendarat di Teluk Ketapang  Melaka bagi menggempur Belanda secara habis-habisan. Raja Haji hampir menewaskan Belanda tetapi dalam masa yang sama telah tiba pasukan bantuan tentera laut Belanda dalam jumlah yang besar yang dipimpin oleh Van Braam.


 Raja Haji dan perajuritnya pantang berundur dan terus berperang dengan hebatnya. Pada 18 Jun 1784, Raja Haji telah terkena tembakan tentera Belanda dan syahid di Teluk Ketapang dengan tangan kanannya masih mengenggam badik bugis kawali dan di tangan kirinya kitab Dalail Al Khairat. Setelah syahidnya Raja Haji, perajurit Johor Riau dan sekutunya berundur kembali ke negeri masing-masing.  Peristiwa inilah yang menjadikan Raja Haji di kenali sebagai Raja Haji Fisabilillah atau Almarhum Teluk Ketapang. 


Baginda telah dikebumikan di Melaka namun semasa anaknya Raja Jaafar menjadi Yamtuan Muda V, beliau bersama ibu tirinya Ratu Mas Jambi salah seorang isteri Raja Haji telah memasuki benteng kota Melaka dan menuntut jenazah suami nya dan memindahkannya ke Pulau Penyengat Riau .Pada 11 Ogos 1997, Raja haji telah diiktiraf oleh kerajaan Indonesia sebagai Pahlawan Nasional.  Al Fatehah untuk Raja Haji Fisabilillah. 



Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...