Skip to main content

Kutemui pusara Akhbar Khan yang liberal agamanya, sepi sesepinya!


Pusara sepi Akhbar Khan Si Liberal Agama yang Totok.
Perancangan untuk berjalan di New Delhi tidak hamba atur dengan baik.  Tidak ada contact person yang dapat membantu.  Cuma sebelum pergi seorang rakan beritahu, pergi kat Markaz Nizamuddin, nanti akan jumpa orang Melayu. Kat airport, hamba terus cari teksi dan secara tegas meminta hantar ke Markaz Nizamuddin. Pengalaman hamba banyak kali diperkena “tambang teksi” mengingatkan hamba supaya kurang bercakap dan berbual. Ini untuk mengelakkan si pemandu dari mengetahui bahawa kita pelancung. Markaz Nizamuddin adalah pusat gerakan Tabligh sedunia.  Sudah tentu sesampai di sana, hamba terjumpa sekumpulan jemaah dari Malaysia yang keluar 40 hari. Mereka membantu mencari kereta sewa. Hamba sampai di Sikandra setelah 4 jam perjalanan, suasana agak sepi walaupun bangunan berwarna kemerahan itu terdapat kubur manusia yang bernama Akbar Khan.

Cantik tapi suram dan sepi kubur Akbar di Sikandra
             Akbar Agung  atau nama sebenarnya Jalaluddin Muhammad adalah anak kepada Humayun yang telah menjadi pemerintah Kerajaan Mughal  daripada 1556 hingga 1605. Baginda lahir pada 15 Oktober 1542 dan meninggal dunia pada 15 Oktober 1605. Walaupun hanya berumur 13 tahun ketika menaiki takhta, namun beliau dianggap sebagai pemerintah yang teragung dan terhebat bagi Empayar Mughal. Dikenali dengan ketoleransian terhadap agama-agama yang lain, Akbar telah memperkenalkan agamanya sendiri iaitu Din-i-Ilahi "Agama Tuhan". Oleh sebab agama itu dilihat hanya untuk memuja dan mengagungkan dirinya sendiri, agama itu tidak mendapat sambutan dan lenyap dengan singkat selepas kematiannya.
                  
Kubur Akbar tanpa batu nesan
                                 Akbar telah membina satu bangunan yang bernama Ibadat Khana ataupun Rumah Ibadat (House of Worship), dimana beliau telah menggalakkan debat keagamaan. Asalnya, perdebatan ini hanya terbuka kepada orang Sunni, tetapi akibat beberapa pertelingkahan terjadi yang kelihatan tidak elok, Akbar telah menggalakkan orang Hindu, Katolik malahan golongan Ateis untuk turut menyertai perdebatan itu. Beliau cuba untuk mengusaikan perbezaan antara dua agama itu, dan mencipta satu agama baru yang dikenali sebagai Din-i-Ilahi (Agama Tuhan), yang menggabungkan kepercayaan Hindu dan Islam, dan sesetengah elemen daripada Jainisme dan Kristian. Kepercayaan ini, bagaimanapun, bukanlah untuk orang kebanyakan. Hal ini kerana, orang yang memeluk agama ini adalah golongan bangsawan atas di dalam istana Akbar. Setakat ini, para sejarawan hanya mengenalpasti 18 orang yang memeluk agama ini.
            Beliau juga telah mengahwini beberapa puteri Hindu, walaupun ramai berpendapat ini hanya bermotifkan politik, bukannya untuk penyatuan agama. Langkah beliau untuk menjauhi Islam, disambut baik oleh orang Hindu, tetapi tidak disukai oleh orang Muslim. Terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa terdapat masjid-masjid yang ditutup dan dimusnahkan.  Apabila Akbar membuka kedai arak, dipercayai beliau juga telah menempah darah babi untuk dicampurkan dengan arak. Banyak ulama' mula memprotes langkah-langkahnya, dan Ahmad Sarhindi (digelar sebagai 'mujaddid' atau pembaharu Islam) mengatakan Akbar syirik atas perbuatannya. Dia telah ditangkap oleh Jahangir selepas menaiki takhta. Bagaimanapun, langkah Akbar untuk menyatukan kedua-dua kepercayaan ini, hanya menyebabkan hubungan antara kedua-dua menjadi lebih teruk pada akhir abad ke-16 berbanding ketika beliau mula berkuasa.
         
Penjaga Kubur Akbar Khan
            Tahun-tahun terakhir Akbar dirundung malang akibat daripada salahlaku anak-anaknya. Dua anaknya meninggal dunia akibat ketagihan arak. Anak ketiga, Salim, yang kemudiannya dikenali sebagai Maharaja Jahangir, sering melancarkan pemberontakan terhadap ayahnya. Dikatakan, kesihatan Akbar merosot akibat malapetaka ini yang akhirnya membawa beliau kepada kematiannya. Beliau telah disemadikan di sebuah makan raja yang indah di Sikandra, dekat dengan Agra.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...