pak ngah mahmud (kopiah putih), pak cik Tajuddin (t shirt) |
Pertemuan dengan saudara mara di Dusun Tanah Tumbuh memberi erti yang besar dalam memahami hijrah ninda hamba ke semenanjung Tanah Melayu ini. Bukan kerana merajuk, kecil hati, terpinggir atau perselisihan faham tetapi berhijrah mencari ilmu akhirat.
Hamba dan famili diraikan oleh Pak Ngah Mahmud Md Saman (Ketua Lembaga Adat Melayu Daerah Bungo Jambi) dan Pak Cik Tajuddin (Camat/penghulu Kecamatan/mukim Tanah Tumbuh). Pak Ngah Mahmud sepupu ayahanda hamba sebelah ninda lelaki (bonda Pak Ngah Mahmud (nenek siti hajar Tais) dan ninda hamba Hj Hanafi Tais adalah adik beradik.) Pak cik Tajuddin sepupu ayahanda hamba sebelah ninda perempuan (bonda Pak Taj, Timah Sarah Hj Ali dan ninda hamba hjh fatimah hj ali, adik beradik). Malah wakil gabenor Jambi juga berasal dari Dusun Tanah Tumbuh.
Comments