JUNGFRAU YANG PUTIH RAMBUTNYA
Satu purnama yang lalu hamba berada di sini, menikmati Jungfrau yang sasa, yang kepalanya dipenuhi salji putih sepanjang tahun. Hamba bandingkan dengan pemandangan awal pagi di Kundasang mengadap Kinabalu yang juga gagah perkasa. Hamba lebih kagum pada Jungfrau kerana nampak bersih, tersusun dan kemas dan hamba pasti orang asing pula akan lebih kagum pada Kinabalu yang penuh sesak dengan flora dan faunanya. Cantik itu subjektif. Subjek yang dekat dan selalu dilihat selalunya akan terlepas pandang. Tetapi subjek yang pertama kali dilihat lebih membekas di hati. Itulah manusia......
Comments