Memang mudah untuk ke Pulau Karimun ini, perjalanan menggunakan feri cuma 55 minit sahaja. Boleh berulang balik jika mahu.
Pulau ini termasuk dalam Kabuten karimun dalam provinci Kepulauan Riau.
Pulau kecil ini kira biasa-biasa aja. kalau untuk melancung atau membeli belah macam ...... kira oklah untuk saja-saja jalan tempat orang.
Masjid paling tua di sini ialah masjid baitul Karim. Kebetulan aku menginap di Hotel Paragon, bersebelah masjid ini.
Bersih, kemas dan tenang masjid ini. Aku gi berjemaah maghrib di sini. Boleh tahan ramai orang.
Mimbar yang nampak ringkas, dan terasa ada keikhlasan di situ
Subuhnya aku datang lagi ke sini. Memang best solat kat sini.
Masjid Baitul Karim, Karimun (Kepulauan Riau)
Masjid Baitul Karim ialah masjid utama dan mercu tanda agama di Tanjung Balai Karimun, Pulau Karimun Besar.
📍 Lokasi
- Terletak di pusat bandar Tanjung Balai Karimun, berhampiran kawasan pentadbiran dan komersial.
- Mudah diakses serta sering menjadi tumpuan pelawat dan jemaah.
🕌 Sejarah & Peranan
- Dibina sebagai masjid negeri/utama Kabupaten Karimun.
- Menjadi pusat ibadah, dakwah dan kegiatan Islam seperti kuliah, majlis ilmu, sambutan Maulidur Rasul dan Ramadan.
- Sering digunakan untuk solat Jumaat berskala besar dan acara rasmi keagamaan daerah.
🏛️ Seni Bina
- Reka bentuk moden dengan kubah besar berwarna keemasan/hijau (bergantung pencahayaan).
- Ruang solat luas, mampu menampung ribuan jemaah.
- Hiasan dalaman menampilkan kaligrafi Islam dan susun atur yang kemas.
🌙 Tarikan Pelawat
- Lokasi strategik sesuai untuk singgah solat bagi pelancong dari Malaysia & Singapura.
- Suasana tenang, bersih dan terjaga.
- Cantik untuk fotografi, terutamanya waktu senja dan malam.
masjid yang makmur.
Walaupun di pulau ini ada masjid Agung yang lebih besar, bangunan yang cantik, namun aku rasakan masjid ini lebih auranya. Kenapa ya...? Jom sapa-sapa ke Karimun, singgahlah masjid ini.









Comments