Manchester memang bandar yang aku rancang untuk bermalam di situ. Memang aku dah booking tiket untuk tengok bola di Stadium Old Trafford jam 8pm. Manchester ini memang happening untuk orang Melayu berkunjung. Memang macam lagu dengan irama, terutama dari segi makanan dan masyarakatnya yang majmuk. Selepas meronda-ronda di Stadium Manchester City dan makan-makan nasi Arab di Curry Road, aku pun mencari masjid untuk solat jamak zohor asar. Akhirnya aku sampai ke Masjid Didsbury ini.
Masjid Didsbury atau dikenali sebagai Manchester Islamic Centre terletak di Burton Road, West Didsbury, Manchester. Cantik masjid ini. Makmur. Ramai orang datang solat di sini. Pelbagai bangsa dan warna kulit.
Masjid ini asalnya sebuah gereja iaitu Albert Park Methodist Chapel. Kapasiti masjidnya lebih kurang seribu orang jemaah.
Bangunan Chapel ini telah dibina pada tahun 1883. Pada tahun 1962, chapel ini ditutup dan kemudiannya ditukar menjadi sebuah masjid.
Masjid ini dikatakan mewakili komuniti Islam yang pelbagai, tanpa mengira perbezaan bangsa atau mazhab. Masjid ini sangat aktif dengan pelbagai aktiviti.
Insya Allah aku akan datang lagi ke sini, mungkin ketika itu namamu sudah pulih dan harum kembali,
Comments