Skip to main content

Masjid Tiban: kutemui keunikan tersendiri di sini.

Memang dalam perancangan untuk mengunjungi masjid Tiban ini.  Banyak rakan beritahu kalau berjalan ke Jawa Timur jangan lepaskan peluang untuk menziarahi masjid yang cantik, unik dan misteri ini.
Agak payah juga mencari lokasi masjid ini, kerana ianya terletak di kawasan perumahan.  Terpaksalah bertanya sana bertanya sini.
 Waktu tu dah hampir zohor, aku ambil kesempatan cari bilik air dan mandi dahulu.  Lepas tu solat dan baru melawat kawasan sekitar masjid ini. Aku solat zohor berjamaah di masjid yang sederhana besarnya.  Masjid ini tak berapa jauh dari kantin makan.  Masjid ini agak jauh dari komplek utama yang terdapat bangunan 10 tingkat itu.
Masjid Tiban ini dikatakan masjid yang misteri dan dibina oleh Kiai Ahmad pada tahun 1976. Masjid ini terletak di Jalan KH Wahid Hasyim, Gang Anyar RT 27 RW 06 Desa Sanarejo, Kecamatan Turen, Kabupaten Malang, Jawa Timur. 
Yang misterinya masyarakat tempatan menamakan masjid ini Masjid Jin. Menurut mereka masjid itu ada secara tiba-tiba tanpa diketahui bagaimana kisah pembinaannya.
Mercu kompleks Tiban ini ialah bangunan utama setingga 10 tingkat dan masih berterusan pembinaannya. Dikatakan kompleks Tiban ini bukanlah sebuah masjid tetapi Pondok Pesantren yang bernama Pesantren Salafiah Bihaaru Bahri Asali Fadlaailir Rahmah yang mempunyai makna Lautan Madu atau " Fadilah Rohmat ". 

Semasa  aku berjalan-jalan itu ada yang bercerita yang sebenarnya masjid atau  kompleks pondok pesantren ini dibina oleh pelajar dan jemaah pesantren secara beransur-ansur. Memang kalau kita naik ke tingkat 7, tingkat yang banyak kedai menjual pelbagai barang, masih belum siap sepenuhnya. Cuma tak Nampak orang buat kerja dan peralatan untuk membina bangunan dengan skala yang besar. Itu yang misterinya… 

Pondok Pesantren tersebut dibina pada tahun 1978 oleh Romo Kiai Haji Ahmad Bahru Mafdlaluddin Shaleh Al-Mahbub Rahmat Alam’.
 
 Bangunan utama kompleks pesantren ini mempunyai 10 tingkat, tingkat 1 sampai dengan 4 digunakan sebagai tempat kegiatan para pelajar pesantren, tingkat 6 seperti ruang keluarga, sedangkan tingkat 5, 7, 8 terdapat ruang niaga yang di kelola oleh pelajar wanita.

 Dikatakan rekabentuk bangunan di sini adalah hasil dari istikharah Kiai Ahmad sendiri dan sangat unik dengan pengaruh senibina timur Tengah Cina dan moden.
 memang menarik hiasan dalaman komplek masjid Tiban ini. Penuh dengan seni dan cantik...
Ku tinggalkan masjid Tiban dengan beberapa persoalan yang belum terungkai.... Unik dan tersendiri.  Lebih sesuai dikatakan tempat ini dipanggil Kompleks Pesantren Moden yang cantik dan canggih.








Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...