Skip to main content

Puisi kembara - Kutemui raja dalam diri yang sunyi terpinggir



RAJA TERPINGGIR DALAM KELIRUAN

Jasad, minda, emosi dan rohani 
Berkolobrasi menyusur sebuah kehidupan
Memenuhi fitrah insaniah
Saling berorganisasi untuk memenuhi tuntutan masing-masing.
Saling berpautan selagi maut belum menjemput.


Jasad menuntut juadah yang lazat bagi mengisi perut.
Minuman menghilang haus dahaga
Pakaian mengalas cuaca yang mencengkam sejuk.
Menyaluti tubuh biar dilihat seksi dan bergaya
Rumah beratap untuk berteduh dari hujan yang membasah tubuh.
Beratap genting berkolam renang sebagai simbol harta.

Minda mahu makanan ilmu
Membaca menelaah degan rakus pelbagai buku
Bermain dengan kreativiti dan inovasi.
Mendengar sesuatu yang mencabar intelek

Emosi memerlukan senyum tawa
Bersosial tanpa batasan agama
Disayangi, dimanjai dan diperlukan
Walau terjadi hubungan haram
Dihargai, disanjung dan diiktiraf kehadirannya
Emosi benci kesedihan dan duka.
Emosi menuntut nafsu yang riang ria.

Rohani terpinggir di tepi kehidupan
Terbuang dari kasih sayang
Tertendang dari perhatian
Sering kelaparan tanpa makanan
Zikir dan al Quran bak melukut di tepi gantang

Siapa raja bagi seorang insan
Yang bakal memacu ke arah kemenangan
Tempat letak segala perhitungan
Antara hambatan nafsu dan kebenaran

Hati adalah yang raja dipinggirkan
Oleh insan yang membuang kesenangan abadi
Hati yang ikhlas menjadi penimbang
Minda yang benar menjadi menterinya
Rohani yang takwa menjadi pengawalnya
Dalam jihad paling besar
Jihad menentang nafsu
Nafsu yang menjadi kuda tunggangan syaitan
Dalam meruntun insan ke lembah kehinaan.




Al Fatihah buat ayahanda tersayang.
Keikhlasan didikanmu terus mekar dalam diri ini
anakandamu mohd amin ahmad

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...