Busker pada kebiasaannya membuat persembahan secara spontan di lokasi popular seperti kaki lima atau tempat tumpuan pengunjung atau pelancong.
Busker di Vienna
Mereka tidak memerlukan set lampu, pentas utama, atau siar raya yang menelan belanja berpuluh-puluh ribu ringgit dalam sesuatu persembahan, tetapi mereka lebih menumpukan perhatian terhadap bakat dan kreativiti individu.Busker di Stockhlom
Busker sebenarnya sudah menjadi trend sejak tahun 1980-an lagi, malah dilakukan di seluruh dunia. Busker berasal daripada perkataan Sepanyol buscar yang bermaksud “untuk mencari”. Bahasa yang lebih mudah ialah mencari nama atau kekayaan melalui bakat diri yang sedia ada.
|
Istilah busking pula membawa bermaksud mengadakan persembahan di tempat awam, seperti bermain alat muzik, bernyanyi, menari, dan bersajak, tanpa tempahan tempat, kontrak dan bayaran tetap.
Busker di Brussels
Prinsip bagi seorang busker sejati ialah persembahan yang mereka buat adalah untuk orang ramai dengan harapan mereka terhibur dengan persembahan itu. Sekiranya penonton memberikan tip, itu dikira bonus; jika tidak, mereka tetap menghiburkan pengunjung.
Persembahan jalanan ini mempunyai sejarah yang panjang. Menurut catatan, sejak zaman Rom lagi, busker sudah wujud. Pada ketika itu, masyarakat Rom akan membaling duit syiling untuk penghibur yang membuat persembahan. Persembahannya pula biasanya diadakan di dataran bandar atau sepanjang jalan raya. Di zaman pertengahan di Eropah menyaksikan persembahan jalanan ini semakin berkembang dan mendapat tempat hingga istana. Mereka bukan sahaja dianggap sebagai penghibur biasa, tetapi golongan yang “membantu” membuka mata rakyat dan pemerintah.
Busker di Bergen |
Bob Dylan adalah contoh busker berprofil tinggi. Beliau menggunakan saluran busking ini untuk kesedaran masyarakat tentang masalah yang berlaku dan secara terang-terangan, mengkritik hierarki politik Amerika Syarikat pada masa itu, yang turut mendapat sokongan daripada pengunjung yang mendengar dendangan lagunya. persembahan jalanan ini terus berkembang ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kini aktiviti ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, malah bertaburan di seluruh dunia.
Busker tua di Beijing |
Comments