Skip to main content

Puisi Kembara - Nostalgia Tembok Maut Berlin



Zalim kau 
Kerana memisahkan
Kasih sayang satu bangsa
Hanya kerana kedegilan seorang pemimpinnya


Sisi Timurnya menjerit untuk kebebasan
Sisi Baratnya setia menunggu tanpa jemu
Kau menghalang mereka
Nyawa jadi gadaian untuk bersatu


Tembok Berlin
Kau sudah jadi sejarah


Kini kau menjadi
Lukisan terbuka yang indah


Sebagai lambang perjuangan
Kebebasan untuk
penyatuan bangsa


Comments