Bersama Famili di Songkla |
Kita mempunyai "pendapat" sendiri dalam mendidik anak. Ada kata kita perlu keras terhadap anak sehingga dengan "menjegilkan" mata pun, anak sudah "menikus". Ada pula kata pendekatan secara lembut dan "reasoning" lebih berkesan. Kedua-dua pendekatan ini ada pro dan kontranya, ada keluarga yang berjaya dan ada yang gagal mengendalikan anak-anaknya.
Rasulullah s.a.w telah mencadangkan empat tahap mendidik anak iaitu:
• TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah sebagai ibubapa kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
• TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
• TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
• TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Comments