Saturday 17 January 2015

Puisi kembara - Si mata biru di tasik Hamburg

Biru tasik di pusat kota
Tempat si mata biru melepas lelah
Atau sejoli melepas rindu 
Di kesemaran rembulan
Di langit biru
Angin sejuk sepoi-sepoi bertebaran
Menikam leher dan telinga nan panjang
Si mata biru bergenang matanya
Menunggu si dia yang tidak pulang-pulang
Di kesibukan pelabuhan.
Entah sedang mengumpul wang untuk di bawa pulang
Atau mungkin menghabis wang sambil berjalang.
Hamburg
Ku catatkan di bangku tepi tasik biru mu
Aku akan datang lagi
Untuk melihat si mata biru itu
Jernih matanya dengan senyum berjela
Kerana prianya telah pulang
untuk memahat kesetiaan

No comments: