Skip to main content

Jeepney - menaikki "jeep" yang penumpangnya bertemu "knee" di kota Manila

 
Dasar kerajaan Filipina yang mempertahankan kelestarian Jeepney sebagai alat pengangkutan awam di Filipina terbukti tepat kerana jeepney kini menjadi ikon Filipina dan menjadi tarikan pelancung untung datang ke negara ini.


Jeepney yang ada pada hari ini adalah berasal dari jeep yang digunakan oleh tentera Amerika ketika Perang Dunia II. Setelah tentera Amerika pulang, jeep ini diubahsuai untuk tujuan pengangkutan awam. Sebab itu bahagian depan jeepney berbentuk jeep tetapi bahagian belakangnya seperti bas mini.


Kata Jeepney berasal dari dua kata iaitu "Jeep” (kenderaan jenis jeep) dan “ney” (knee atau lutut).


Penumpang jeepney akan duduk secara berhadapan dan akan saling bertemu lutut.. Bahagian depan Jeepney terdiri dari tempat duduk pemandu dan disebelahnya ada satu tempat duduk penumpang. Sementara di bahagian belakang terdapat dua tempat duduk seperti bangku yang memanjang di kiri dan kanan. Penumpang akan duduk secara berhadap-hadapan.


 Jeepney tidak dipasang alat penghawa dingin dan sebab itu  jendela jeepney tidak ditutup bagi memudahkan udara masuk ke dalam jeepney itu.  Pintu masuk dan keluar terdapat di bahagian belakang jeepney.


Gelaran bagi jeepney di Manila adalah "King of the Road” atau “Raja Jalanan” kerana walaupun jeepney ini badannya agak panjang tetapi ia dipandu laju dan suka menyelit-nyelit di sana sini. 


Tiada hentian khusus untuk jeepney lalu mereka memberhenti dan mengambil penumpang sesuka hati mereka.


Keunikan jeepney ini ialah lukisan warna-warni di badan jeepney ini. Lukisan dengan warna yang terang diselang selikan dengan slogan tertentu memang cantic seolah-olah pameran lukisan bergerak.


Jeepney adalah kenderaan yang wajib digunakan oleh pelancung terutamanya di kota Manila. Selain mudah sampai ke destinasi, tambangnya memang sangat berpatutan. Tambangnya bagi setiap 4 km ialah 8 Peso dan bagi 1 km selebihnya dikenakan tambahan 2 Peso.  


Tapi yang paling menyeronokkan ialah duduk berhimpit bertemu bahu dan lutut sambal mendengar lagu yang dipasang dengan kuat.  Anda tidak mempunyai peluang untuk berbual dan berkenalan!


Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...