Skip to main content

Kampung Sembawang: Melayu Singapura yang kukenali



Hari itu hamba jadi wakil keluarga anak saudara hamba, dalam upacara menghantar "belanja" dan nikah dengan pasangannya di Masjid Kg. Sembawang Singapura. 


Hantarannya SD 10,000.  Selepas sesi ucapan dan berbalas-balas hantaran, terus dinikahkan. 




Esoknya baru majlis walimatul urus di kawasan "apartment" di Yishun. Jarak Yishun dan Kg. Sembawang jauh jugaklah.  Naik kereta ada setengah jam.



Hamba tanya kenapa nikah di masjid ini.  Kata mereka di kampung itulah dulu mereka dilahirkan. Walaupun kampung itu tidak ada penghuni lagi, mereka secara istiqamah masih memakmurkan masjid tersebut. 


Asal-usul Kampung Sembawang

Nama Sembawang dipercayai berasal daripada pokok Sembawang (Mesua ferruginea) yang tumbuh banyak di kawasan ini dahulu.

Dahulu, kawasan ini adalah hutan paya dan kampung nelayan Melayu kecil.

Aktiviti utama penduduk awal: menangkap ikan, pertanian kecil, dan hasil hutan.


Peranan Semasa Penjajahan British

Pada awal abad ke-20, British membangunkan Sembawang sebagai pangkalan tentera laut.

Sembawang Naval Base dibina pada 1923–1938 semasa era British, menjadi pangkalan penting Tentera Laut Diraja British di Asia Tenggara.

Kawasan ini menjadi pusat aktiviti ketenteraan, penginapan pekerja, dan ekonomi penduduk kampung yang berinteraksi dengan pihak tentera.


Kehidupan Kampung

Penduduk kampung hidup dalam rumah kayu dan kampung tradisional.

Komuniti Melayu, Cina dan India membentuk kehidupan kampung yang harmonis.

Kehidupan kampung banyak bergantung pada laut, hutan dan sungai.


 Perubahan Moden

Selepas kemerdekaan Singapura (1965), kawasan Sembawang mula dibangunkan sebagai kawasan perumahan HDB dan kawasan rekreasi.

Sembawang Park kini terkenal dengan pantai, jeti bersejarah, dan pokok kelapa tua.

Sembawang juga mengekalkan kawasan pangkalan tentera lama sebagai warisan sejarah.





Hebat komuniti ini.  Majlis itu memang meriah, ramai yang datang.  Masih ada suasana masyarakat Melayu.  Tak benar juga propaganda yang mengatakan mereka telah hilang identiti Melayunya.


Pantai Kg. Sembawang. nun di seberang sana Kg. Senibong, Pasir Gudang. Dulu-dulu pantai ni tempat P Ramlee berlakon. Dan dulu-dulu mereka selalu bersampan sahaja untuk ke Kg. Senibong. Bukan mereka yang memisahkan diri dari Tanah Melayu tetapi ..... mereka yang telah dipinggirkan oleh abang kandungnya tanpa rela.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...

Kampungku: "Sejarah Melayu Jambi di Kampung Tanjung Semberong Batu Pahat"

Ikon Kampung Tanjung Semberung ialah masjid tuanya yang cantik dan unik binaannya berbanding dengan masjid lain di Johor. Bayangkan masjid kampung yang agak kukuh dan indah ini boleh dibina kira-kira hampir 90 tahun yang lalu.  Tentu sahaja kampung ini juga mempunyai sejarah yang juga tak kurang hebat untuk dikaji.  Hamba dilahirkan di kampung ini, Kampung Tanjung Semberong, Mukim 7, Batu Pahat Johor.  Hamba membesar di sini sebelum berhijrah ke beberapa tempat lain. Kenapa batu jalan di kampung hamba ini bermula dengan 0. Sungai adalah penanda sempadan kampung ini. Kampung ini terletak di persimpangan Sungai Batu Pahat iaitu Sungai Simpang Kanan yang menuju ke Yong Peng dan Sungai Simpang Kiri yang menuju ke Parit Yaani.  Pecahan dua sungai ini membentuk satu tanjung.  Lalu dinamakan orang Kampung Tanjung Semberong.  Sampai sekarang kampung ini masih mengalami air sungai yang pasang surut. Dulu ketika sungai menjadi laluan utama ke Bandar Batu Pahat, Kg. T...