Skip to main content

Berlin - Checkpoint Charlie hanya tinggalan sejarah.



Kalau ronda kat Berlin, rugi kalau tak menghayati lukisan mural terbesar di dunia. Apalagi kalau 
bukan sisa runtuhan Tembok Berlin.


Satu tempat yang wajib dilawati di Berlin ini ialah runtuhan Tembok Berlin.


Jangan lupa pergi ke Checkpoint Charlie iaitu pintu masuk kawalan tentera Amerika. Apa kisah di sebalik Check point Charlie ini?


Satu tempat wajib dilawati di Berlin ialah Tembok Berlin yang telah diruntuhkan itu. Dan sudah tentu kita akan berjumpa dengan kawasan Checkpoint Charlie di Friedrichstrasse. Tembok Berlin ini sebenarnya telah diruntuhkan pada 9 November 1989 oleh rakyat Jerman yang kembali bersatu. 



Checkpoint Charlie telah didirikan oleh tentera Amerika pada 13 Ogos 1961 sebagai tindakbalas tehadap Soviet Union yang mendirikan Tembok Berlin. Ini juga adalah gara-gara perang dingin antara kedua negara yang sampai kepada kemuncaknya. Tujuan Checkpoint Charlie ini ialah untuk memeriksa dan mendaftarkan tentera Barat yang keluar masuk dari Berlin Barat ke Berlin Timur. 


Checkpoint Charlie ini hanyalah seperti pos kawalan berukuran 4 x 2.5 meter dengan tinggi bangunan 2.5 meter sahaja. Di depan pos kawalan ini ditempatkan dua lapis guni-guni pasir sebagai penghadang jika terjadi serangan terhadap tentera Amerika. Jarak Checkpoint Charlie ke sempadan Berlin Barat dan Berlin Timur hanya lebih kurang 20 meter. Nama Checkpoint Charlie ini bukanlah dari nama “Charlie” tetapi hanyalah ambilan dari bunyi huruf “C” sahaja. 


Tempat pemeriksaan di Berlin ada tiga iaitu Checkpoint Charlie di Friedrichstrasse, Checkpoint Alpha yang terletak di Helmstedt dan Checkpoint Bravo di Dreilinden. Bagi tujuan pelancungan hanya Checkpoint Charlie yang dikekalkan. Di sekitar Checkpoint Charlie, banyak kedai menjual cenderamata dari batu-batu bekas runtuhan dan foto-foto peristiwa runtuhnya Tembok Berlin tersebut. 

Masih jelas kesan kena pecah

Yang ini dah kena tebuk namun masih dipelihara

Ada contengan yang pelbagai

tempat orang Berlin meluahkan hati

bangunan ini juga dilukis.

bangunan yang tidak berpenghuni di tengah bandar

Lepas penat meronda, baru jumpa kawasan sisa runtuhan yang dilukis dengan sangat cantik.

tengok apa dia tulis.... Bla..bla...

Tikus mondok pun ada, sapa tikus pun tak tahu, Amerika atau Russia.

Ramai orang jalan-jalan kat sini. Lukisan free tak payah gi galeri

Ini semua bukan pelukis biasa.... memang cantik dan abstrak

kalau nak berfoto memang sesuai

memang panjang, jenuh jugalah menapak.

bayangkan dulu orang Jerman terpisah dua. Sekarang mereka bersatu dan mereka jadikan Berlin kembali sebagai ibunegara mereka.

Memang mereka sayangkan Tembok Berlin ini.

yang ini dilukis oleh pelukis jalanan untuk meluahkan kemarahan mereka.

Yang ini adalah jalan menuju ke galeri, untuk membeli macam-macam cenderahati yang ada kaitan dengan Tembok Berlin

Berwarna warni lukisan ini


Tembok Berlin walaupun kalau telah runtuh, tetapi masih banyak "rasa hati" yang kau sorokkan dari mata dunia. 


Berlin, ku kesan ada rasa tidak puas hati, kau dikalahkan dalam WW2 dan dipecah dua. Kini kau bangun untuk menjajah sekali lagi tetapi bukan dengan senjata, kau bangun dengan kekentalan hati .... percayalah Eropah akan kau kuasai lagi satu masa nanti tanpa senjata! Percayalah..!!

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...