Skip to main content

Blue Mountain Katoomba yang kutemui

Australia ni aku taklah berapa suka sangat.  Pertamanya kerana tamadunnya yang masih baru. So tak ada apa-apa sejarah yang boleh dikaji atau dihayati. Keduanya buminya yang luas dengan penduduk cuma lebih kurang 25 juta.  Malah dikatakan bilangan biri-birinya melebihi populasi penduduk Australia.  Masa memandu dari Sydney ke Melbourne, pemandangannya ialah kawasan padang ragut yang luas.  Dan bangkai kanggaru di tepi jalan, yang jadi mangsa langgar lari agaknya.

Salah satu destinasi yang dikatakan wajib pergi di New South Wales ialah Katoomba. Silap sebut jadi ketumbar. Bandar kecil ni popular sebab ada Blue Mountain Scenic View.
Inilah laluan untuk lihat Blue mountain tu. Tak ramai orangpun. Glamour aja lebih. 
Ingat kena daki gunung ke, rupa-rupanya macam pelantar untuk melihat pemandangan "tunggul" batu berkembar tiga sahaja. Biasa aja viewnya..

Ini dia tunggul batu tu.  Ikut cerita orang aborigins, batu tu asalnya tiga orang puteri yang cantik jelita.
Pandangan biasa-biasa aja. Publisiti aja yang dashyat.
 
Cerita rakyatnya, Blue mountain ni asalnya tiga puteri ketua puak yang sangat jelita (Cantik ikut standard aborigin). Ada 3 pahlawan suku yang yang berminat nak jadikan isteri ketiga-ketiganya sekali. Tentu saja ketua puak pening kepala, lalu panggil pawang tua yang uzur. 

Kata pawang tua, buat sementara waktu aku tukarkan dulu tiga puteri ni jadi batu. Engkau bertiga boleh fight, sapa yang masih bernyawa akan kawin dengan ketiga-tiga puteri itu. Maka tiga pahlawan bodoh tadi pun fightlah.  Akhirnya ada satu pemenang. lalu dia pun cari pawang tua untuk menuntut janji.  malangnya oleh kerana mereka gaduh lama sangat, pawang tua tu dah mati dulu dan tak sempat nak tukar semula puteri jadi manusia.  Maka kempunanlah pemuda tadi.....
 
Jadi orang yang tengok batu tu tak berkebil-kebil, kira bodoh macam pemuda itu juga,  menunggu bila batu itu jadi puteri yang cantik semula
Tapi kalau niat lihat pemandangan landskap ciptaan Allah yang cantik itu, kira berbaloi jugalah datang ke Australia ini
Blue Mountain, cukup sekalilah aku datang ke sini....

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...