Skip to main content

Tanjung Piai - Ku pijaki Penghujung Selatan Tanah Besar Asia


Tanjung Piai terkenal sebagai 'Penghujung Selatan Tanah Besar Asia' atau Titik Akhir Tanah Benua Asia. Tanjung Piai terletak dalam daerah Pontian iaitu merupakan daerah terkecil dalam Negeri Johor.


 Nama 'Pontian' dipercayai berasal daripada perkataan `PERHENTIAN' yang bermaksud tempat persinggahan. Kedua-dua muara Sungai Pontian Besar dan Sungai Pontian Kecil pada satu masa dahulu merupakan perhentian tempat perahu berlabuh berlindung dari gelombang dan angin ribut. Perkataan ‘Perhentian' itu lama kelamaan berubah disebut sebagai Pontian. Daerah pontian dibangunkan oleh saudagar dari Singapura iaitu Syed Alsagoff. Dengan sokongan dari Sultan Abu Bakar, beliau telah membuka perusahaan perladangan yang besar pada tahun 1878. 


Sebelum bandar Pontian ini berkembang, Kukup telah menjadi pusat pentadbiran di daerah ini. Pada zaman dahulu kawasan pantai barat Johor dari Kukup hingga Benut adalah kawasan persinggahan dan perhentian perompak-perompak lanun yang berpangkalan di Selat Kukup. Mereka singgah dan berhenti di kuala Sungai Perhentian Besar dan Sungai Perhentian Kecil yang kemudiannya dikenali sebagai Sungai Pontian Besar dan Sungai Pontian Kecil.
Abdullah Munsyi dalam hikayatnya menceritakan “Selat Kukup masa itu adalah seperti suatu bilik. Kalau berapa besar angin pun di situ teduh juga. Maka oleh sebab orang hendak berlindungkan angin lalu masukkan ke dalam jalan Selat Kukup itu. Maka di situlah tempatnya ditangkap perompak, sebab ia boleh kelihatan orang, orang tidak boleh melihat dia.” 


Daerah Pontian menjadi terkenal di dunia sebagai destinasi pelancongan selepas Pengistiharaan Tanjung Piai sebagai Tanah Pengujung Benua Asia. Tanjung Piai terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Pontian. Selain lokasinya sebagai tanah paling hujung di Asia, di sini juga terdapat Taman Negara Johor Tanjung Piai. Tanjung Piai yang terletak dalam Mukim Serkat dikatakan mendapat namanya daripada Paku Piai yang banyak tumbuh di kawasan berkenaan. 

Maklumat lanjut boleh didapati di alamat ini: 
Perbadanan Taman Negara Johor 
Mukim Serkat,
82030 Pontian
Tel : 07-6969 712/ 6969 796
Faks : 07-6969 786 / 07-6961 029 
Website : www.johorparks.com.my 
Bayaran : RM 5.00 (Malaysia) 
RM 10.00 (Antarabangsa) 


Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...