Skip to main content

Alexandria - Ku jejaki Istana Raja Gendut yang maut di meja makan


Jika kita ke kota Alexandria Mesir, jangan lupa mengunjungi istana Raja Farouk yang sekarang sudah menjadi tempat kunjungan pelancung. Istana ini sangat besar dan mengadap Laut Mediteranean. 


Taman bunga istana ini sekarang menjadi kawasan rehat pengunjung, untuk makan-makan atau berbual kosong.


Pemilik istana ini bernama Raja Farouk I (11 Februari 1920 - 18 Mac 1965). Beliau juga adalah raja terakhir di Mesir. Semasa mudanya beliau merupakan pelajar di Akademi Tentera Woolwich, England. Raja Farouk hidup dengan kemewahan. Baginda memilikki beribu-ribu ekar tanah, berpuluh istana, dan beratus kereta mewah namun baginda tidak pernah merasa puas dengan kekayaannya. Baginda selalu melancung ke Eropah untuk membeli-belah.


 Baginda juga mempunyai perangai pelik iaitu suka mengambil barangan orang jika dia menyukainya. Raja Farouk pernah mengambil tanpa izin pedang istiadat Shah Iran dan jam saku berharga milik Winston Churchill. 



Ketika Perang Dunia Ke 2, Raja Farouk kerap dikritik kerana gaya hidupnya yang mewah. Baginda telah menyalakan semua lampu istananya manakala rakyat diperintah untuk memadam semua lampu ketika pengeboman tentera Jerman-Itali. Raja Farouk telah dibenci oleh rakyat Mesir. 

 

Disebabkan oleh tuduhan salahguna kuasa dan kekalahan Mesir ketika Perang Arab Israel 1948, Raja Farouk telah digulingkan dalam satu rampasan kuasa ketenteraan pada 23 Julai 1952, diketuai oleh Muhammad Naquib dan Gamal Abdel Nasser. Perang ini menyebabkan 78 tanah Palestin telah dirampas oleh Israel dan negara Israel telah ditubuhkan . 

Gamal Nasir: Presiden pertama Mesir.
Raja Farouk terpaksa turun takhta dan disingkirkan dan hidup dalam buangan di Monaco. Selepas Raja Farouk disingkirkan, anaknya yang masih bayi diisytiharkan sebagai raja dengan gelaran Raja Fuad II. Pada tahun 1953 pemerintahan beraja dimansuhkan secara rasmi. Berakhirlah Dinasti Muhammad Ali Pasha selama 150 tahun dan Mesir diistiharkan menjadi sebuah kerajaan republik.
Walaupun hidup dalam buangan, Raja Farouk terus hidup dengan gaya mewah dan ketagihan mengumpulkan harta benda. Kegilaanya terhadap makanan lazat telah menyebabkan baginda menjadi gemuk hingga mencapai 140 kg.


 Pada 18 Mac1965, Raja Farouk rebah di meja makan semasa satu majlis makan malam lalu meninggal dunia. Ada dakwaan mengatakan baginda telah diracun tetapi tiada bedah siasat dilakukan ketika itu.
Raja Farouk berkahwin dua kali. Pertama dengan Permaisuri Safinaz Zulfikar (1921–1988), anak perempuan Pasha dan ditukar nama kepada Farida selepas perkahwinannya. Mereka berkahwin pada 1938, dan bercerai pada 1948 mendapat tiga orang anak perempuan. 


Isteri keduanya adalah rakyat biasa bernama Nariman Sadek (1934–2005). Mereka berkahwin pada 1951, dan bercerai pada 1954, mempunyai seorang anak yang dikenali kemudian sebagai Raja Fuad II. Semasa dalam buangan di Itali, Raja Farouk bertemuIrma Capece Minutolo, penyanyi opera, yang menjadi temannya. Pada 2005, Irma mendakwa telah berkahwin dengan Raja Farouk pada tahun1957. 


Raja Farouk berwasiat jika dia mati dikebumikan di Masjid Al Rifai' Kaherah. Permintaan ini telah ditolak oleh Presiden Gamal Nasir. Raja Faisal Arab Saudi sudi menerima Raja Farouk dikebumikan di negaranya namun akhirnya Presiden Gamal Nasir berubah fikiran dan bersetuju bekas raja itu dikebumikan di Makam Ibrahim Pasha dan bukan di Masjid Al Rifai'.


Mesir adalah destinasi yang perlu dilawati. Semua watak bagi sebuah filem yang terbaik ada di sini. Tempat lahirnya ramai nabi-nabi, cerdik pandai Islam, tokoh Islam zaman silap, wali-wali Allah dan jangan lupa mereka yang berperangai seperti firaun, Qarun dan Hamman juga ada. 

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...