Menjelang sidang parlimen yang bakal menjelang, dapat digambarkan bagaimana gilanya suasana kita itu. Kerana ahli parlimen yang sepatutnya bijaksana dan berhemah itu akan berperangai sebaliknya kerana kegilaan terhadap kuasa. Ini mengingatkan hamba tentang sebuah buku yang bertajuk “Kekuasaan Zaman Edan” yang ditulis oleh Puji Santoso. Edan ertinya gila!
I
Banyak perkara yang dibualkan .... manusia sampai kiamat akan menjadi gila bila merebut kuasa. Tak kira kuasa kepartian, kuasa istana, kuasa politik, kuasa negara ....... etc. Puji Santoso seorang penulis Indonesia kontemporari.
Bersama rakan penulis dari Malaysia semasa menyertai konferen FOLIKSBARA di Kota Palembang.
Selain itu dapat hamba menyelami sejarah masa lampau di sini. Terbayang bagaimana Parameswara berkelana hingga ke Melaka. Hamba naik Air Asia ke Pekan Baru dari KL, 55 minit sahaja. Tetapi perjalanan hamba menggunakan Toyota Inova dari Pekan Baru ke Kota Palembang memakan masa 10 jam. Oklah t,u lapang minda bila berdiri di Bukit Siguntang dan di petangnya makan empek-empek Pak Raden yang enak. Malamnya pula bersantai di tebing sungai Musi sambil memerhatikan lampu berkelip-kelip di sepanjang Jambatan Ampera yang terkenal itu.
Bersama penulis buku" Zaman Edan" dari Jakarta |
|
Sahabat baru para sasterawan muda Indonesia |
|
Comments