Skip to main content

Ayasofya - Nostalgia beriktikaf di "masjid" ketika statusmu masih sebuah muzium.



ORANG Islam seluruh dunia bergembira mendapat berita bahawa pada 10 Julai 2020, secara rasmi Hagia Sophia (Ayasofya dalam bahasa Turki) akan berfungsi kembali sebagai masjid. 


Bangunan ini akan menerima jemaah bersolat di dalamnya dan berakhirlah statusnya sebagai muzium. Solat Jumaat yang pertama kalinya hanya akan didirikan di sini pada 24 Julai 2020. Status muzium telah dimansuhkan oleh Pentadbiran Keadilan dan hukum Turki.  Keputusan ini telah membuka jalan bagi kerajaan Turki untuk membuat menjadikan bangunan muzium itu kembali menjadi masjid.


Ketika bernama Hagia Sophia bangunan ini adalah sebuah gereja Kristian ortodok yang paling besar di dunia. Kaisar Byzantium (Empayar Roman Timur) bernama Constantius telah mula membina Hagia Sophia pada tahun 360 M di Konstantinopel.


Banyak kali gereja ini diubahsuai akibat kebakaran dan peperangan. Raja Justinian I, yang memerintah dari 527 hingga 565 M telah menugaskan arkitek terkenal Isidoros (Milet) dan Anthemios (Tralles) untuk membangunkan gereja baru. Bangunan itu siap pada tahun 537 masehi dan masih kekal hingga ke hari ini. Hagia Sofya adalah pernah menjadi bangunan dengan kubah berbesar di dunia.  Kubah awal memiliki tinggi 161 meter dengan diameter 40 meter, kemudian kubah ini roboh pada tahun 558. Dibina lagi menjadi lebih besar dengan tinggi 55 meter, disokong oleh tiang-tiang dan kubah-kubah yang lebih kecil. 




Pada masa penaklukan Konstantinapole pada tahun 1453, oleh Sultan Muhammad Al Fateh, Hagia Sophia telah diubah menjadi masjid.


 Bangunan ini dipercantik dengan arketitur yang menampilkan elemen khas Kesultanan Uthmaniah.


Malangnya pada 1934, Bapa Turki Moden Mustafa Kamal Atatürk yang menganut fahaman sekular telah memutuskan untuk menjadikankan masjid Ayasofya ini sebagai muzium.


Setelah berjaya menukar status Ayasofya menjadi masjid, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menjelaskan; “Membuka Hagia Sophia menjadi tempat ibadah tidak akan mencegah pelancung untuk berkunjung ke bangunan itu.  Bangunan itu kini adalah percuma untuk dilawati.”


Ayasofya ini walaupun selama ini ia menjadi muzium, sebenarnya di bahagian belakang bangunan ini masuh ada ruang masjid lama. Bangunan ini cuma tidak diisytihar sebagai masjid sahaja.


 solat lima waktu berjamaah masih didirikan.  cuma sembahyang Jumaat secara rasminya tidak didirikan di sini.


Masih ada ruang masjid di bahagian belakang Ayasofya ini.  Yang menjadi muzium hanya ruang depan.  Ada pintu besar yang memisahkan bahagian muzium dan masjid ini.  Bila masjid ini statusnya kembali menjadi masjid bererti seluruh muzium ini akan menjadi masjid dan mungkin pintu besar yang memisahkan dua bahagian ini akan di buka. 



Selama ini kapasiti masjid kecil yang ada tak sampai 1000 orang.


Mimbar lama memang telah sedia ada dan masjid ini memang dijaga kebersihannya.  Cuma tak ada papan tanda mengatakan ini adalah masjid.  Kita kena bertanya-tanya kat orang masuk ke ruangan ini.  Ruangan ini berada sebelah belakang, menghadap jalan menuju ke laut.


Alhamdulillah, hamba dapat solat zohor di "masjid" Ayasofya ketika statusnya masih sebuah muzium.  Insya-Allah hamba akan datang lagi ke sini untuk solat Jumaat ketika bangunan ini secara sah menjadi Masjid Ayasofya!


Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...