Skip to main content

Agra - Kekebalan Kubu Merah yang tiada tandingannya.

Kalau Taj Mahal terkenal kerana kecantikannya, Kubu Merah Aqra pula terkenal kerana kekebalannya.


 Agra adalah sebuah bandar terletak di utara India. Adra adalah tipikal bandar-bandar di India, bising dan sesak. Cuma hebatnya bandar ini salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia iaitu Taj Mahal yang dikenali sebagai "Monument of Love". Mana-mana gambar dan retorik tidak dapat meluahkan keindahan dan keajaiban Taj Mahal. 
Namun tulisan ini adalah berkaitan sisi lain Agra iaitu tentang Lal Qila atau Kubu Merah sebagai lambang kehebatan dan kekuatan sistem pertahanan negara.
Agra Fort atau Kubu Agra adalah sebuah tapak tinggalan bersejarah yang diiktiraf oleh Unesco, terletak di Agra. 
Kubu ini juga disebut sebagai Lal Qila atau Kubu Merah. Lokasinya adalah sekitar 2.5 km ke barat laut dari Taj Mahal.  Kubu ini lebih tepat disebut sebagai sebuah kota berdinding.
Kubu Agra adalah sebuah tembok kota paling penting di India. 
Raja-raja Mogul yang terkenal seperti babur, Humayun, Akbar, Jahangir, Shah Jahan dan Aurangzeb tinggal di sini, dan memerintah negara dari sini. 
Pada masa itu, di dalam kubu ini di simpan kekayaan negara.
Agra Fort juga adalah salah satu monumen peradaban Islam Mogul dengan sistem pertahanan yang kukuh, berbentuk separuh bulatan, dengan dinding luar yang hebat serta menakutkan musuh tetapi menyembunyikan keindahan dan kemewahan di dalamnya. 
Hujung dari tembok ini ialah sungai Yamuna.

Agra Fort memiliki empat gerbang. Gerbang Khirzi menghadap ke sungai, dua gerbang lainnya Delhi dan Lahore merupakan gerbang yang terkenal, serta Gerbang Akbar.
Di dalam kompleks Agra Fort India terdapat sejumlah bangunan dan lanskap bernilai sejarah tinggi. 
Di antaranya Diwan I Am atau Aula untuk Masyarakat Umum, berfungsi sebagai tempat penguasa berpidato kepada rakyat dan mendengarkan berbagai permohonan. Diwan-i-Khas digunakan untuk menerima kedatangan para raja dan tamu terhormat di mana terdapat singgasana hitam Jahangir.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...