Skip to main content

Jabal Thariq (Gibraltar) - Terbayang pidato berapi pahlawan Islam di tanah ini.

Mercu tanda di Gibraltar - Jabal Thariq. Gunung batu yang menjadi penanda bagi pelaut sebelum adanya rumah api.


Gibraltar berasal dari kata "Jabal Thariq". Sekarang Gibraltar adalah wilayah United Kingdom. Kita kena lalui pemeriksaan imigresen dan kastam jika memasukki wilayah ini dari Sepanyol. Lebih elok parking kereta di wilayah Sepanyol dan kemudian berjalan kaki melepasi pusat imegresen dan gunakan kenderaan awam sahaja di Gibraltar ini.  Jika bawak kereta, memang berjam-jam tersangkut akibat kesesakan di pusat imegresen.

Jabal Thariq dilihat dari daratan wilayah Sepanyol. 

Jabal Thariq diambil dari nama Thariq bin Ziyad.  Siapakah Thariq bin Ziyad itu?

 

Thariq bin Ziyad dilahirkan pada tahun 664 masehi (Tahun 50 Hijrah). Thariq adalah seorang pahlawan Barbar dari Afrika Utara yang gagah berani lagi mahir menunggang kuda, berlawan pedang, serta pakar peperangan. Beliau berkhidmat sebagai panglima perang semasa pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik (705-715 M) dari bani Umayah.


Ketika berumur 47 tahun (711 M), beliau telah diperintahkan oleh Gabenor Afrika Utara, Musa bin Nusair untuk menakluki Semenanjung Andalusia (Semenanjung Iberia yang sekarang meliputi negara Sepanyol dan Portugis). Thariq telah memimpin seramai 7000 orang tentera belayar menyeberangi selat Gibraltar. Gibraltar ini berasal dari kata “Jabal Thariq” yang berarti “Gunung Thariq”).

Nun dari jauh kelihatan dataran Afrika Utara.  Dari situlah tentera Islam belayar menyeberangi lautan dan mendarat di tanah Gibraltar di Semenanjung Andalusia atau sekarang dipanggil Semenanjung Iberia.

Setelah selamat mendarat di Andalusia, Thariq bin Ziyad membakar kapal-kapal perang mereka lalu berpidato dengan berkobar-kobarnya.

“Wahai saudara-saudaraku, kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya dua pilihan, samada menaklukkan negeri ini dan menetap di sini serta mengembangkan Islam, atau kita semua binasa (syahid).”



“Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kamu, musuh ada di depan kamu, ke manakah kamu akan lari?, Demi Allah, sesungguhnya yang kamu miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran. Ketahuilah bahwa di pulau ini, hidup kamu lebih susah dan hina daripada anak yatim. Sementara musuh kamu sedang menunggu kamu dengan pasukan tempur dan senjata mereka. Kekuatan mereka sangat besar, sementara kamu tanpa perlindungan selain pedang-pedang yang dalam genggaman kamu, tanpa kekuatan selain dari barang-barang yang kamu rampas dari tangan musuh kamu. Seandainya pada hari-hari ini kamu masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang bererti, nescaya nama baik kamu akan hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh akan berganti menjadi berani kepada kamu. Oleh karena itu, pertahankanlah jiwa kamu.”


Pidato ini telah membakar semangat jihad tentera Islam yang berjumlah 7000 orang. Mereka segera menyusun kekuatan untuk menggempur tentera kerajaan Visigoth seramai 100,000 orang, di bawah pimpinan Raja Roderick. Pertempuran hebat telah berlaku dan atas pertolongan Allah tentera sepanyol telah tewas dan Raja Roderick sendiri telah terbunuh.



Setelah meraih kemenangan ini, Thariq menulis surat ke Musa Nusair;  “Saya telah menjalankan perintah anda. Allah telah memudahkan kami memasuki negeri Andalusia.”
Setahun kemudian, Musa bin Nusair membawa 10000 orang tentera ke Andalusia. . Mereka Berjaya menawan satu demi satu kota-kota di Andalusia seperti; Toledo, Elvira, Granada, Cordoba dan Malaga. Lalu dilanjutkan Zaragoza, Aragon, Leon, Asturia, dan Galicia. Islam mula tersebar ke Eropah melalui bumi Andalusia.
Mereka ingin meneruskan misi menakluk bumi Eropah. Pyrenies adalah wilayah Perancis yang pertama ditakluki.  Ketika ini tidak ada kerajaan di Eropah yang berani menentang kekuatan tentera Islam ini.  Namun, niat itu tidak terlaksana karena Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik memanggil mereka berdua pulang ke Damsyik. Thariq pulang terlebih dahulu sementara Musa bin Nusair menyusun pemerintahan baru di Sepanyol.  Setelah bertemu Khalifah, Thariq bin Ziyad ditakdirkan Allah swt. tidak kembali ke Eropah. Ia sakit lalu meninggal dunia. Thariq bin Ziyad adalah nama besar sebagai pahlawan yang berjaya  menaklukkan daratan Eropah.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Damsyik - Kutemui Masjid Umawi yang tua usianya.

Tempat pertama hamba ziarahi ketika sampai  di Damsyik ialah Masjid Umawi.   Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 – 96 Hijrah) (705 – 714 Masehi) .  Damsyik adalah Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umayyah pada waktu tersebut. I a didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik  pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”.   Pada zaman kekuasaan Romawi, penduduk asing tidak mudah memasuki kota Damsyik, karena kota itu dikelilingi tembok yang tinggi. Mereka yang ingin memasuki k...