Skip to main content

Grenen - Ku jejaki titik pertemuan ombak Laut Utara dan laut Baltik

Oleh kerana perjalanan menggunakan kenderaan darat dari Hamburg untuk ke Bergen, Norway, sangat jauh, kami mengambil keputusan menggunakan jalan pintas melalui Hitrshal, Denmark dan menaikki feri terus ke Bergen. Hari sudah jam 3pm, dan kami telah terlepas feri jam 1.30pm. 
Kami terpaksa mencari camping site untuk bermalam. Bagi mengisi waktu petang itu kami telah pergi ke Grenen, titik paling utara di Denmark , tempat di mana laut Baltik dan Laut Utara bertemu.
Grenen terkenal di sini kerana ombak laut Kattegat dan Skagerrak bertembung dan membentuk pantai dengan longgokan pasir halus.
 Disini kita boleh mencecah sebelah kaki ke Kattegat (Laut Baltik antara Denmark dan Sweden) dan sebelah lagi di Skaggerak (Kawasan Laut Utara). 

Tetapi awas kawasan pertemuan laut ini adalah kawasan larangan mandi dan berenang kerana pertembungan ombak yang ganas dan sangat merbahaya. 
 Grenen ini lebih kurang 3 km dari Skagen, iaitu tempat camping site kami. Grenen ini hanyalah kawasan pelancungan tepi laut yang agak lapang dan gersang. Hanya ada satu restoran dan galeri seni yang kecil. 
Ada parking kereta yang luas, untuk meronda kawasan ini selain berjalan kaki kita boleh menyewa traktor pengangkut, yang dikenali sebagai “Sandormen”. Sandormen ini telah beroperasi sejak 50 tahun dahulu.

Setelah puas menikmati keheningan Grenen kami balik semula ke Skagen, jam sudah 11 malam tetapi masih terang benderang macam di Malaysia jam 7 petang. Solat maghrib jam 9 malam dan solat isya' lebih kurang jam 10.30 malam.  Subuh tetap sama macam Malaysia jam 5.30 pagi,  Bayangkan kalau puasa di Grenen ini...... puas menahan lapar.

Bye-bye Grenen. Bye-bye Skagen. Entah bila ketemu lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Coretan Kembara - Habib Ali Batu Pahat yang kutemui

Pak Habib dengan senang hati menyambut semua tetamunya tanpa melebihkan antara satu dengan lainnya. Seperti biasa bila memandang Pak Habib ni, timbul rasa tenang dalam diri               Ketika melayari internet untuk mencari informasi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Surabaya, ada beberapa pelan perjalanan yang menjurus kepada lawatan tempat lahirnya Wali Songo. Banyak juga tokoh-tokoh agama yang hebat yang dicadangkan untuk diziarahi. Dalam banyak-banyak itu hamba ternampak satu nama dan gambar yang hamba pernah temui di rumahnya di Kampung Solok Wan Mor, Batu Pahat. Dia dikenali sebagai Habib Ali Batu Pahat atau nama sebenarnya al-Habib Syed Ali bin Syed Ja'far al-Idrus.            Pada kali pertama hamba menziarahinya kerana termakan pujuk seorang rakan yang mengajak hamba ke Batu Pahat untuk menziarahi Habib Ali kerana katanya amalan yang digalakkan pada 10 Muharam ialah menziarahi alim. Ke...

Masjid Telok Manok: Kutemui masjid tertua di Thailand.

Masjid tua yang tidak mempunyai kubah. Kubah adalah pengaruh Turki. Semasa berjalan di Narathiiwat, hamba berpeluang menziarahi sebuah masjid kayu yang sudah berumur sekitar 300 tahun bernama Masjid Telok Manok atau dikenal juga dengan nama Masjid Wadi Al-Hussein.  Rajah asal Masjid Telok Manok Masjid ini masih terus digunakan untuk solat fardu dan solat Jumaat Masjid ini dibina pada tahun 1768, menjadikannya sebagai masjid tertua yang masih berdiri di Thailand. Seni bina Melayu, Cina, Kemboja dan Jawa bergabung  Masjid ini dibina mengikut senibina Melayu, Cina, Jawa dan Kemboja.  Dibuat menggunakan kayu sepenuhnya dan tanpa menggunakan paku. Masjid ini mempunyai tiang dan ada menara azan yang juga dibuat dari kayu.   Semuanya disusun cantik namun terus kukuh selama 300 tahun Telok Manok merupakan nama desa tempat masjid ini berdiri, sebuah desa kecil berjarak sekitar 25 kilo meter dari kota Narathiwat. Sedangkan A...

Rehlah Palestin: Kuziarahi maqam Nabi Musa yang terletak di luar Baitul Maqdis.

us Dalam kembara ke Palestin ini hamba berkesempatan menziarahi Makam Nabi Musa dan masjid Nabi Musa. Ketika itu baru masuk waktu Zohor, ramai jemaah kebanyakannya musafir yang tujuannya untuk menziarahi makam Nabi Musa, dan disekitar tempat ini tidak ada perkampungan, hanya kawasan perbukitan yang tandus dan pasirnya berwarna kemerahan. Jemaah meminta hamba menjadi imam bagi solat Jamak Qasar Zohor dan Asar. Itulah rezeki sebagai kenangan seumur hidup dalam kembara Palestin ini. Makam  Nabi Musa terletak di di suatu tempat yang berada 11km  ke selatan bandar Jericho dan 20 km  ke timur Jerusalem dekat kawasan gersang Judea.  Kawasan yang terdiri pebukitan batu berwarna merah itu kelihatan sunyi.  Tidak ada perkampungan di situ, hanya bangunan masjid yang dinamakan Masjid Nabi Musa, yang mana di dalamnya terdapat makam Nabi Musa.  Walaupun terdapat berbagai pendapat tentang lokasi Nabi Musa wafat namun lokasi inilah yang paling tepat di mana Nabi Musa dimak...