Merayau-rayau di sekitar kota Stockhom Sweden. |
“Oresund” dalam bahasa Denmark disebut “Øresundsbroen” dan dalam bahasa Sweden disebut “Öresundsbron”. Jambatan ini merupakan kombinasi jambatan dan terowong di mana terdapat lebuhraya 4 lorong dan landasan keretapi terpanjang di benua Eropah. Ia juga dikenali dengan nama Oresund Link. Ianya menghubungkan Kota Copenhagen, Denmark dan Kota Malmo Sweden. Tol yang perlu dibayar bagi perjalanan sehala hanya Euro 20.Jambatan yang hebat dan unik ini telah menjadi salah satu jambatan terpanjang di dunia iaitu sepanjang 16 kilometer. Jambatan ini telah menampung 67 peratus dari lalu lintas di dua negara tersebut, dan ini telah meningkatkan hubungan ekonomi kedua-dua negara.
Jambatan ini mula dibina pada tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada 14 Ogos 1999. Putra Mahkota Frederik dari Denmark dan Putri Mahkota Victoria dari Sweden telah bertemu di tengah jembatan ini untuk menandakan siapnya pembinaan jambatan ini dan telah dirasmikan penggunaan jambatan ini iaitu pada 1 Julai 2000, oleh Queen Margrethe II, dan King Carl XVI Gustaf. Jambatan Oresund siap pembinaanya 3 bulan lebih awal dari jadual.
|
Jambatan ini juga adalah jalan pintas untuk ke Eropah Tengah seperti Jerman dan Denmark. Jembatan ini menghubungkan Malmo Sweden dan Copenhagen Denmark..
Mula-mula semasa melalui jambatan ini nampak macam jembatan biasa sahaja namun di pertengahannya tiba-tiba jembatan ini masuk ke dalam laut melalui terowong,
Melalu terowong yang tiada apa-apa pemandangan menarik itu terasa sekejap sahaja dah sampai ke kota Copenhagen Denmark..
Comments