Biasanya sesiapa yang sampai ke Paris, mereka akan mengunjungi Arc de Triomphe yang bermakna gerbang kemenangan. Ada juga orang panggil Gerbang De Gaulle sahaja. Arc de Triomphe yang hebat adalah monumen seni bina terkenal dan menjadi simbol Paris, yang terletak di Dataran Charles de Gaulle.
Cuma semasa menapak ke gerbang ini, banyak kedai-kedai berjenama yang berderetan. Nak masuk dalam rasa segan. maklumlah kita ni pengembara budget. |
Dari kejauhan dah nampak gerbang berwarna putih |
Biasalah berfoto di tengah jalan, baru nampak center gerbang tersebut. Kebetulan bergambar guna tripod, jadi sesuailah ambil gambar di tengah pembahagi jalan.
Kebetulan juga ketika ini baru jam 10 pagi. Orang masih belum ramai berkeliaran. Problemnya cari tandas awam tak jumpa di sekitar kawasan ini. Maka terpaksalah masuk kedai makan, order coke dan lepas tu pergi tandas. Nak cari tandas percuma memang kena halau buta-buta. |
Apa yang menarik tentang gerbang ini? sekali lihat macam biasa-biasa aje. |
Monumen bernama Arc de Triomphe. Arc de Triompe yang bererti gerbang kemenangan ini merupakan monumen yang dibangun sebagai penghormatan terhadap jasa La Grande Armée yang telah memenangkan pertempuran di Austerlitz pada 2 Desember 1805.
Pembinaan gerbang itu dimulakan dengan perintah Napoleon Bonarparte selepas Pertempuran Austerlitz pada tahun 1806. Gerbang ini siap setelah 30 tahun dibina iaitu pada tahun 183. Ketika gerbang ini siap Bonaparte sudah mati dalam buangan di pulau St. Helena.
Ukiran "lucah" memenuhi dinding gerbang ini.
Apa yang hendak hamba kongi dengan rakan-rakan ialah tentang remaja-remaja perempuan gipsi terutamanya imigran dari Eropah Timur yang berkeliaran secara berkumpulan di kawasan ini. Mereka memang cantik-cantik dan petah berkata-kata serta pandai memujuk juga. Mereka akan merayu meminta pelancung tanda tangan "petition entah apa-apa" seperti untuk kerja-kerja kebajikan atau isu-isu hak asasi. SCAM!!! jaga-jaga jika anda sign aja...nahas....mereka akan mengugut anda supaya bagi wang dalam jumlah yang tidak munasabah, Di celah-celah itu, jika nasib anda malang, dompet anda aakan dicuri oleh penyeluk saku profesional. Awasssss.......!!!
Remaja perempuan yang cantik, yang raut muka mereka macam orang Romania ini akan berkejaran meminta pelancung tanda tangan pada sehelai kertas petisyen. Bila kita tandatangan sahaja, habislah kita kena buli oleh sekumpulan gispsi, mereka mintak duit dengan jumlah yang tidak munasabah. Semasa bertengkar-tengkar itu, mereka akan menyeluk saku dan agak malang jika pasport kita turut hilang. Seorang rakan yang pernah "terkena" beberapa tahun dulu, sangat obsess dengan wanita gipsi ini. Baru-baru ini bila remaja gipsi mendekat, rakan saya menjerit dengan kuat, "Shut UP!" Garang juga pengembara Melayu ini. Katanya takkan pisang berbuah dua kali. Saya pun tanya Mr Google tentang isu ini. Memang tepat mereka adalah scammer profesional!
Comments