Den Oever Afsluitdijk (Enclosure Dam) adalah lambang kehebatan kejuruteraan Belanda bagi mengatasi masalah negara mereka yang berada di paras laut. Tempat ini memang wajib dilawati bagi menghayati kebijaksanaan manusia bagi membina tamadun negara bangsa mereka.
Afsluitdijk (Bahasa Belanda “ˈɑf.slÅ“yd.ËŒdÉ›ik”, dan bahasa Inggeris diberi makna “Enclosure Dam”) adalah lebuhraya utama di Belanda. Namun ia bukan setakat jalan perhubungan tetapi yang lebih utama ia juga adalah empangan gergasi bagi menahan air laut memenuhi tanah di Belanda. Belanda adalah negara yang berada di bawah paras laut.
Ianya dibina pada tahun 1927 hingga 1933 untuk menghubungi Den Oever, Wieringen di wilayah utara Belanda dengan perkampungan Zurich di Wilayah Friesland.
Panjang empangan ini ialah 32 km (20 batu) dan lebarnya 90 m, dengan kedudukan pada ketinggian 7.25 m di atas aras laut.
Kejuruteraan empangan ini sungguh mengkagumkan kerana aras air di kiri dan kanan empangan ini tidak sama.
Sebelah kiri empangan
Sebelah kanan empangan
Satu tinggi dan satu lagi rendah, sesuai dengan nature tanah Belanda yang berada di bawah paras laut. Selain jalan perhubungan, empangan ini berjaya mengawal paras air laut dari menenggelamkan bumi Belanda.
Sejarah pembinaan ini, bermula pada tahun 1918 dan siap pada tahun 1933. Ia dianggap kejuruteraan hebat di awal kurun ke 19.
Tugu tokoh yang menjadi inspirasi kepada kejayaan pembinaan empangan ini.
Lama aku rehat kat empangan alias lebuhraya atas lautan ini. Angin bertiup kencang di tengah laut yang terbentang luas ini. Empangan ini juga telah menjadi salah satu destinasi pelancungan yang popular terutama bagi pelajar jurusan kejuruteraan.
Tempat ini memang tempat wajib untuk dilawati jika ke Belanda. Kagum atas kepintaran kejuruteraan mereka untuk mengatasi “problem muka bumi mereka yang berada di bawah paras air.
Comments