Tamerlane (1336 – 14 Februari 1405) (Bahasa Turki Chagatai: تیمور Tēmōr, "besi"), juga dikenal sebagai Temur, Timur Lenk, Taimur, atau Timur i Leng, yang bererti Timur si Pincang, kerana kaki kirinya yang cacat sejak lahir. Timur adalah seorang penakluk dan penguasa keturunan Turki-Monggol dari wilayah Asia Tengah, yang terkenal pada abad ke-14, terutama di Rusia selatan dan Persia. Timur dilahirkan di Kesh (kini bernama Shahr-i-Sabz, 'kota hijau'), yang terletak sekitar 50 batu di sebelah selatan kota Samarkand di Uzbekistan. Ayahnya bernama Teragai yang merupakan ketua kaum Barlas. Beliau adalah cicit dari Karachar Nevian (menteri dari Chagatai Khan, iaitu anak Genghis Khan sekaligus panglima pasukan tenteranya) dan Karachar terkenal di antara kaumnya sebagai orang yang pertama memeluk agama Islam. Teragai mewarisi pangkat yang tinggi dalam ketenteraan, tetapi seperti ayahnya Burkul, beliau menggemari kehidupan beragama dan bel...